NAIB KETUA WANITA TIDAK BERTANDING PRU13


Salah satu yang menjadi tandatanya dalam senarai calon BN ialah ketiadaan nama Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia,Datuk Kamalia Ibrahim.

Ini kerana Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri tidak bertanding.

Apakah pimpinan BN tidak peduli atau hargai Wanita UMNO?

Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjawab tandatanya ini dalam satu sidang akhbar di Pusat dangan Dunia Putra petang Khamis.

Beliau menjelaskan Kamalia telah ditawarkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar bagaimanapun beliau telah menolaknya.

Tawaran itu disertakan dengan tawaran lantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak jika BN menang di negeri itu.

Namun itu juga ditolaknya.

Najib berkata Kamalia mahu bertanding kerusi Parlimen.

Kamalia bergiat dalam UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan Tan Sri Rafidah Aziz  telah mengosongkan kerusi itu.

Sebelum ini timbul desas desus Kamalia mungkin akan isi tempat Rafidah.

Perdana Menteri berkata keputusan menolak tawaran itu adalah keputusan Kamalia sendiri.

Katanya dengan ini tidak timbul soal BN tidak bagi tempat kepadanya atau tidak menghargai Wanita UMNO

-1Agenda

Comments

  1. Layak kah orang ini memimpin wanita UMNO di masa depan?

    ReplyDelete
  2. org tamak selalu rugi..

    ReplyDelete
  3. Dato Kamaliah kena bersyukur. Masih diberi peluang untuk bertanding walau pun di kawasan DUN tetapi tidak di Parlimen. Letakkan diri sebagai wanita Islam yang menjadi makmum. Suara wanita boleh diperjuangkan di mana-mana. Sama ada DUN atau Parlimen tetap didengari oleh pucuk pimpinan. Kikiskan hati daripada sifat mazmumah. Zahirkan sifat mahmudah di dalam hati. Redha dengan ketentuan Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts