PRU 13: INTIPATI MANIFESTO BN YANG DILANCAR SEMALAM


Berikut antara intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam ini:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh




Ps: ada juga cyber trooper pakatan pembangkang spin kononnya semalam dewan kosong. Kalau nak spin tengok-tengoklah bro. Semalam pu3 berada di stadium bermula hingga selesai. Nak dapatkan tempat duduk pun susah. Penuh dan sesak!

Pu3 tahu.. budak pengkhianat hanya dapat tengok stadium ni kosong selepas majlis selesai. Lagipun masa tu. Bahagian keselamatan dah tak jaga pintu-pintu masuk seperti sebelum bermulanya majlis! Tak ada tag masuk.. jangan harap boleh lepas muka pintu!

Nak berdusta tu.. pakai akal sikit. Jangan nampak sangat dustanya. Kalau tak puas hati boleh check kat youtube: Watch "Himpunan Janji 1Malaysia  rakyat didahulukan" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=G4lDIprnoa0&feature=youtube_gdata_player

Tak ada editing

#vote4BN
#BNBah
#puterimalaysia
#betternation
#PRU13
#manifestoBN
#PRKakiPenipu

Comments

Popular Posts