SENARAI CALON BN DIJANGKA DIUMUM MINGGU INI: NAJIB


KUALA LUMPUR, 10 April  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dijangka diumumkan minggu ini.

Beliau berkata ini kerana proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai.

"…belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," katanya selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata proses pemilihan dan pembahagian kerusi untuk PRU-13 akan mengambil kira keputusan pilihan raya umum 2008 dan keadaan demografi semasa di setiap kawasan bagi menjamin kemenangan parti.

"Pada asasnya, kita gunakan pencontoh 2008 dengan sedikit penyesuaian mengikut keputusan pilihan raya umum 2008…bagaimana BN hendak kukuhkan peluang untuk menang," katanya.

Sumber: umno online

Berdasar info yang pu3 perolehi juga. Kemungkinan calon kalah PRU-12 yang kalah akan dicalonkan semula berdasarkan prestasi kerja kuat mereka di kawasan dan mereka diterima oleh rakyat.

Malahan dikatakan Bekas pemimpin pembangkang yang mungkin dipilih bertanding mewakili BN boleh gunakan lambang parti itu atau lambang Bebas.

Datuk Seri Najib Razak juga membayangkan akan ada pertukaran satu atau dua kerusi antara parti komponen BN pada PRU-13. Itu info yang diperolehi.

#vote4BN
#betternation
#PRU13
#BNBah
#JanjiDitepati

Comments

Popular Posts