KIT SIANG JUJURKAH MAHU ELAK 13 MEI?????
Bila masa puka Lim Kit siang ni jadi 'alim' ni? Oppppsss terlupa pula. Dia jadi 'warak' selepas berkenan sangat jadi bos di Gelang patah! Dah nak #PRU kan.. mestilah tunjuk 'baekkkk sangatttt'!!!!
Baca di bawah ni!:
Lim Kit Siang mahukan jaminan dan mencabar TPM Tan Sri Muhyiddin agar bertanggungjawab apabila mengungkit kembali kisah rusuhan 13 Mei,dakwa Kit Siang kononnya Umno BN mengamalkan politik perkauman dan taktik menakut nakutkan rakyat.
Dalam konvensyen pemuda kebangsaan baru baru ini Muhyiddin menekankan generasi muda Malaysia supaya bersatu padu untuk memastikan yang negara ini kekal stabil dan aman tenteram untuk mengelakkan berulangnya tragedi 13 Mei.Deklarasinya "Kami tidak mahu tragedi 13 Mei berulang.
Paling melucukan Kit Siang dalam responnya secara rasmi bagi pihak DAP dan Pakatan juga tidak mahu peristiwa hitam rusuhan 13 Mei berlaku.
Ultrakiasu chauvanis rasis Kit Siang juga memberi jaminan akan melakukan segala yang perlu untuk memastikan peristiwa ini tidak berlaku lagi.
Katanya lagi DAP dan Pakatan memberi kerjasama penuh bersama dengan Umno dan BN untuk menjamin tidak berulangnya semula peristiwa tragedi 13 Mei dalam pilihan raya umum yang akan datang.Bolehkah anda percaya kata kata Lim Kit Siang yang seluruh negara tahu beliau adalah salah seorang dalang yang terbabit secara langsung didalam peristiwa hitam tersebut.
Pisau perhatikan semenjak sebelum 2007 hinggalah sekarang,secara konsisten DAP menghasut kaum cina dengan pelbagai dakyah,kononnya bangsa cina tertindas dan dalam masa yang sama turut mencabar apa yang termaktub didalam perlembagaan.
Bukan itu saja DAP turut berperanan memainkan sentimen kebencian agama dan juga kebencian kaum. 2 resepi ini diguna pakai sejak dari dulu lagi dan sekarang ini amat berjaya.
Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu, Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Artikel 181 tentang raja-raja Melayu dan keempat, perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948 yang sekarang ini sudah ditukar kepada Akta Keharmonian Nasional hampir kesemuanya dilanggar ,dipijak dan juga dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.
Kesemua ini pada anggapan DAP dan pakatan adalah tuntutan hak yang mereka kira asas perjuangan mereka. Dalam pada itu mereka juga turut menguris perasaan bangsa melayu dengan pelbagai tindakan yang membabitkan kepentingan agama Islam.
DAP dan pakatan mendesak,pijak dan perlekehkan apa yang termaktub didalam perlembagaan dan mengharapkan pihak yang lain tidak bangkit bersuara dan membantah? Ibarat DAP mahukan satu keistimewaan untuk menghina orang lain dan mengharapkan tidak ada tindak balas? Begitu!?
Apakah DAP dan Kit Siang mengharapkan majoriti kaum yang dominan dinegara ini berpeluk tubuh apabila diasak dan dihina?
Kepada siapa Lim Kit Siang mahu berbohong? Pisau pernah dedahkan bahawa pecah dan perintah adalah sebahagian agenda utama hagemoni DAP dalam melaksanakan Malaysian Malaysa yakni dakwah mereka sudah pun berjaya dianuti oleh PAS .PKR dengan liberal dan pluralnya kesemua ini asakan kepada apa yang menjadi asas keharmonian sesama kaum dinegara ini yang merdeka sejak 50 tahun yang dahulu.
Pisau pernah dedahkan keadaan suasana politik pada masa sekarang tak ubah sepertimana berlakunya pasca 1969, Skrip 1969 dikitar semula pengarahnya sama (Kit Siang)cuma pemainnya adalah berbeza …
anda boleh rujuk artikel disebalik rahsia besar "Asal Bukan Umno"
Pisau menekankan agar anda faham apa yang sebenarnya berlaku dan akan kegagalan kita sendiri mempelajari daripada sejarah.
rujuk siri artikel Pisau sebelum ini
☆DAP Anti Umno,Rahsia Di Sebalik Kempen "Asal Bukan Umno"
☆DAP Anti Umno:Rahsia Di Sebalik Kempen "Asal Bukan Umno" Pt2
☆Rahsia Terbongkar ! Agenda DAP PAP Penyatuan Malaysia Singapura
☆Malaysia dikuasai oleh DAP dan PAP. Melayu & Bumiputra Majoriti menjadi minoriti.Raja Melayu di Singkirkan .Lahirnya sebuah negara Republik Bersatu Rakyat Malaysia
Lim Kit Siang sebolehnya tidak mahu rakyat mengingati sejarah penglibatan secara langsung DAP dan PAP dalam kejadian rusuhan paling buruk. Mereka tahu generasi sekarang berjaya dimomokkan dengan pelbagai dakyah agar terpengaruh akan ideologi politik mereka.
Natijahnya daripada itu kita dapat lihat bagaiman kelompok melayu liberal yang kononnya meletakkan diri mereka sebagai lebih terbuka dan pertikaikan sendiri akan hak kepentingan kaum yang dominan dinegara ini sedangkan mereka sendiri adalah produk DEB.
Kelicikan Kit Siang yang saling tak tak tumpah seperti anaknya Lim Guan Eng yang anda harus tahu..
Perhatikan kenyataan Lim Kit Siang dan seluruh pemimpin pakatan dan bandingkan pepatah arab ini.
Ingat pepatah arab "Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia"
Kata Kit Siang sekarang ini zaman sudah berbeza dan beliau secara terbuka mahukan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja terhadap sebab tercetusnya kejadian ini, dakwanya lagi keadaan dewasa ini jauh berbeza berbanding dengan apa yang berlaku 43 tahun lalu.
Jika dibandingkan suasana politik sekarang ini apa yang berlaku 43 tahun lepas tidak jauh bezanya . Kit Siang awal awal lagi cuba menutup kerja jahat DAP dengan menuduh hanya puak yang tidak bertanggungjawab, antinasional dan pengkhianat akan cuba memutarbelitkan kemenangan Pakatan dalam PRU13 sebagai satu kemenangan antara satu kaum terhadap kaum yang lain, untuk memberi justifikasi kepada idea liar rusuhan 13 Mei, di mana apa-apa kemenangan rakyat Malaysia berbilang kaum.
Kononnya pakatan akan memperolehi kemenangan pada PRU13,bagaikan ahli nujum Kit Siang seolah memberi isyarat bahawa kemenangan BN pada PRU13 nanti adalah berdasarkan penipuan.Isyarat ini kita harus jelas bahawa sejak dari awal lagi BERSIH yang dilaungkan sebenarnya adalah satu tindakan preamptive untuk mengharamkan setiap keputusan pilihanraya ke 13 nanti.
Apa akan terjadi? Sudah pasti gerembolan pakatan akan dihasut untuk turun dijalan raya membantah kononnya kemenangan BN pada PRU13 nanti adalah satu penipuan.
Anda harus faham , Yang pertama kononnya jika PRU13 Pakatan menang tuduhan kalangan pro BN akan merusuh semasa berlakunya transisi dari BN ke Pakatan ia adalah satu tindakan preamptive pakatan sedangkan ketika 5 negeri tumbang ke tangan pakatan jelas tidak ada apa apa yang berlaku. Anda perhatikan apa yang berlaku apabila Perak jatuh kembali ketangan BN,siapakah yang merusuh?
Yang kedua ,Jika PRU13 BN menang ,BERSIH akan turun dijalan raya melakukan revolusi menolak bulat bulat setiap keputusan pilihanraya sedangkan mereka sejak dari awal lagi sedar bahawa pakatan tidak akan menang PRU13.
Yang terkini dalam satu forum di Permatang Pauh,Chegu Bard dan A Samad Said melaungkan agar rakyat turun kejalan raya jika pakatan kalah semasa PRU13 nanti.Kenapa menghasut dan membuat ugutan?
(Pisau pernah lapurkan mesyuarat sulit pakatan para pemimpin akui mereka gagal ke Putrajaya Pru13 nanti):klik sini , sini dan sini , Malah baru baru ini Lim Guan Eng dalam satu mesyuarat turut mengakui amat sukar mempertahankan momentum sokongan rakyat terhadap BN.
Pakatan sekarang ini memainkan persepsi mereka akan menang pada PRU13 untuk mempengaruhi akan kegagalan pakatan ke Putrajaya hanya disebabkan penipuan sedangkan realitinya mereka menyedari tidak akan sama sekali berjaya meraih undi berbanding 2008.
Anda lihat bagaimana persepsi ini digarap dan dimainkan..
"Lim Kit Siang seolah mahu mengikat tangan dan menutup mulut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Kit Siang mencabar agar Najib harus berani mengambil risiko dan menjawab satu soalan yang telah lama di tujukan berulang kali dalam tempoh tiga tahun ini – sama ada beliau akan membuat satu pengumuman deklarasi akan menerima kata putus rakyat jelata dalam PRU13, termasuklah kerajaan baru Pakatan yang akan menggantikan BN di Putrajaya.
Dan beliau sendiri akan menjamin dan memastikan peralihan kuasa persekutuan secara aman untuk kali pertamanya dalam sejarah negara ini, untuk memaklumkan kepada warga dunia bahawa Malaysia menjadi negara dengan "sistem demokrasi yang terbaik di dunia"! "
Soalnya apakah Pakatan berani membuat pengumuma deklarasi yang sama menerima kekalahan mereka tanpa melakukan rusuhan dan revoulusi dijalan raya dan menghapuskan pertubuhan haram Bersih? Sudah pasti tidak.
Berdasarkan pengamatan Pisau sejak 2008 sehinggalah sekarang yang pasti PRU13 adalah satu pilihanraya terburuk apabila perancangan sudah pun dibuat untuk menimbulkan kekacauan pada setiap peti undi DUN dan Parlimen.
Pergaduhan dan pertumpahan darah pasti akan berlaku apabila penyokong pakatan dihasut kononnya berlaku penipuan semasa pembuangan undi, kemudian dibantah sebelum tempoh pembuangan undi habis. Selepas pengumuman dibuat, kemenangan pihak lawan tidak akan diiktiraf. Dan bantahan besar besaran akan dibuat hinggalah mencetuskan rusuhan besar besaran diseluruh negara.
Sumber: pisau dot net
Comments
Post a Comment