PRU13: DATUK AZIZAH MEMPERINGATKAN AGAR UMAT ISLAM BERSATU


Beaufort - Bersatunya umat Islam bermakna kuatnya Islam itu sendiri. Itulah intipati dalam ucapan Datuk azizah Dsp mohd Dun dalam ucapannya semasa merasmikan kursus Integriti Jabatan Hal Ehwal agama Islam Negeri sabah yang melibatkan sebahagian besar guru-guru agama dan imam-imam daerah Beaufort Kuala Penyu. Membakut dan sipitang.

Beliau mengingatkan agar umat Islam bersatu dalam menghadapi serangan musuh Islam yang sangat licik. Jika serangan ini dilakukan menggunakan senjata, sudah pasti seluruh anggota Islam akan bangkit menghadapainya. Namun serangan musuh Islam kini tidak lagi menggunakan taktik sedemikian. Ia lebih halus dengan menggunakan individu dalam Islam menghancurkan kesatuan umat Islam dari dalam kumpulan itu sendiri.


Beliau mengharap agar umat Islam tetapkan istiqamah dan tetapkan keimanan dalam menghadapi cabaran lebih canggih ini serta menentang individu yang sudah jelas bersekutu dengan musuh Islam yang sentiasa mendambakan kemusnahan Islam itu sendiri.

Datuk azizah menyeru agar ilmuan Islam dan pendakwa Islam yang terdiri dari kalangan guru-guru agama Islam serta imam-imam berjuang dalam memastikan negara Malaysia dan Sabah khususnya bersama-sama menentang serangan musuh Islam ini.

Dalam ucapannya juga, sebagai seorang sebahagian pemimpin Islam. Beliau sangat mencintai kesatuan Islam dan mengharap semakin ramai lagi ilmuan Islam dalam pelbagai bidang lahir dari kawasan daerah Beaufort ini.  Dan juga mengharapkan agar guru-guru agama serta iman-imam bersama-samanya berjuangan untuk pembangunan Islam di daerah berkenaan.

Bah!!! JOM UNDI BN

#VOTE4BN
#betternation
#PRU13
#BNTatap

Comments

Popular Posts