LAHAD DATU: SIASAT DALANG PENGKHIANAT NEGARA!!!!


Jika sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menyanyikan lagu "tanya sama Najib, apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang."

Kini, Ketua Wanita Umno Tanjong, Norjan Abd Hamid pula menyambung lagu P Ramlee itu dengan bait: "lihat dalam air, nampak bayang-bayang, bila bayang hilang, baru nampak muka petualang".

Beliau membuat sambungan lagu itu ketika meminta kerajaan bertindak segera dan menyiasat untuk mengenal pasti dalang yang membantu membiayai pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu, baru-baru ini.

Menurutnya, agak mustahil pengganas terbabit dapat melakukan pencerobohan itu tanpa bantuan pihak tertentu kerana mereka terbukti miskin dan tidak mampu membeli peralatan dan senjata.

Beliau berharap kerajaan dapat menubuhkan segera suruhanjaya diraja untuk mengetahui pelbagai persoalan yang sehingga kini belum terjawab kerana rakyat pun mahu mengetahuinya.

Sementaraitu, Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, suruhanjaya itu wajar ditubuhkan untuk merungkai beberapa persoalan yang belum terjawab seperti macam mana pengganas boleh membeli senjata dan darimana dapat sumber kewangan. Selain itu, beliau juga mendesak penubuhan RCI dipercepatkan supaya dapat membuktikan ia bukan sandiwara seperti yang dituduh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Beliau berkata, suruhanjaya itu juga dapat mengembalikan maruah pasukan keselamatan dan mengukuhkan keselamatan rakyat Sabah. Beliau turut menyampaikan takziah kepada semua ahli keluarga anggota polis dan tentera yang terkorban mempertahankan kedaulatan Negara.

Sumber : Sinar Harian/Utusan

Comments