DAP SEPAKAT LOGO SEMATA UNTUK PRU13: RETAK MENANTI LEBUR


Apabila DAP beralah untuk tidak menggunakan logo mereka dalam PRU13 ini pada beberapa negeri di semenanjung pu3 boleh bayangkan muslihat DAP kali ini. Mengalah tidak bermakna menyerah! Ada muslihat. Memandangkan perkara masalah DAP berkenaan CEC yang lepas telah menyerlah ketidak demokrasinya parti tersebut ! DAP berusaha untuk menyembunyikan dan berusaha agar orang ramai lupa dengan cara ini!

Baca lagi

Keputusan DAP menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini tidak bermakna parti tersebut akan bersetuju dengan hukum hudud yang diperjuang PAS.
Pengerusi DAP Karpal Singh bekata, parti pimpinannya terpaksa menggunakan logo PAS dan ianya tidak bermaksud DAP menerima setiap dasar-dasar PAS.

"Ini cuma kerjasama di bawah satu pakatan dan Pas telah bersetuju untuk membenarkan calon DAP menggunakan lambang mereka. Mana-mana keluarga pun ada persamaan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gelugor di sini hari ini.

Pada 18 April lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan akan menggunakan logo PAS di semenanjung dan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak ekoran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Pemilihan Pusat (CEC) DAP.

Sumber: KLPos dot com


Pu3 pelik. Kata di Sabah DAP pakai logo PKR. Set! Tetapi hairannya kelmarin.. pu3 terima gambar ini dari rakan pu3 yang berada di lokasi penamaan calon. Perhatikan gambar ini. Bukankah itu bendera DAP? Tiada pun kumpulan ini membawa bendera PKR! Kalau bendera diarak bercampur dengan bendera PKR.. itu tidak pelik pada pandangan pu3.

Ini bererti.. kepimpinan DAP di Sabah juga tidak sepakat menerima keputusan Karpal singh dalam memutuskan penggunaan logo untuk PRU13 ini!!!!!!! Ceh kompromi konon! Temberang saja!!!!!!

#BNTatap
#BNBah
#betternation
#vote4BN

Comments

Popular Posts