SPR MEMBERI JAMINAN DAP BOLEH GUNA LAMBANG SENDIRI
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada DAP layak menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun tidak dikeluarkan keputusan secara bertulis, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi dan penjawat tertinggi SPR adalah rasmi dan boleh diterima pakai.
Beliau berkata, SPR tidak pernah mengamalkan untuk mengeluarkan surat mengesahkan mana-mana parti atau calon khususnya DAP layak menggunakan lambang parti seperti pilihan raya sebelum ini.
"Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.
"Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.
"Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan DAP layak menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, pemimpin setiap parti politik perlu menaruh keyakinan dan kepercayaan ke atas SPR.
Katanya, SPR tidak akan melakukan sesuatu yang bukan menjadi amalan dan bukan diperuntukkan oleh undang-undang.
"Kita tak akan buat benda yang tak pernah dibuat, tak ada kehendak dalam undang-undang. Mereka (pemimimpin parti politik) kena percaya dan yakin pada kita," katanya lagi.- Sinar Harian
#BNBah
#betternation
#PRU13
#vote4BN
#betternation
#PRU13
#vote4BN
Comments
Post a Comment