PR GUNA TUN MUSA HITAM UNTUK RAIH SOKONGAN ??? APA CERITA NI ???
Sebelum ini PR cuba menggunakan pengaruh Tun Mahathir untuk meraih sokongan dengan cara menyebarkan persepsi kononnya Negarawan tersebut tidak menyokong Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.Namun,percubaan tersebut tidak berjaya kerana umum dapat melihat dengan jelas bagaimana kuatnya Tun Mahathir menyokong Perdana Menteri sehingga sanggup membantu dan bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional menjelang Pilihanraya ini.Kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menggunakan pengaruh musuh bagi meraih sokongan bila saja berpeluang.Oleh itu,apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa tidak mungkin mana-mana parti yang menjadi kerajaan akan dengan sengajanya membangkrapkan negara,maka pembangkang menyambut dan menyebarkannya sebagai kenyataan menyokong PR.Kenyataan Tun Musa tersebut dibuat dalam satu program berkenaan ekonomi baru-baru ini.Jelas bahawa PR sendiri menyedari pemimpin mereka sendiri tidak mampu meyakini rakyat bahawa mereka tidak akan membankrapkan negara, sehingga memaksa mereka mendapatkan 'persetujuan' dari Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam yang jelas tidak selesa dengan tindakan pembangkang itu kemudian tampil meminta mereka menghentikan menggunakan namanya untuk meraih sokongan.Kita tahu,walaupun Tun Musa ada menyimpan dendam di sana sini terhadap beberapa individu di dalam UMNO tetapi,beliau tidak cukup bodoh untuk membela PR,apatah lagi dalam keadaan sokongan terhadap parti itu semakin nipis.Kerana itu,dalam penafiannya bahawa beliau menyokong pembangkang,Tun Musa turut menyatakan yang beliau yakin Barisan Nasional akan menang dalam PRU-13 ini.Menggunakan pengaruh musuh untuk meraih sokongan adalah tindakan yang memalukan kerana ia membuktikan bahawa pembangkang turut mengiktiraf pengaruh dan ketokohan musuh mereka.Soalnya,kenapakah pemimpin pembangkang tidak mampu berdiri atas pengaruh sendiri untuk meyakinkan rakyat ??? Kenapa perlu 'meminjam' pengaruh musuh ??? Jawapannya,kerana pemimpin pembangkang terlalu kuat menipu sehinggakan rakyat tidak lagi mempercayai mereka.Mana tidaknya,jika hampir keseluruhan kempen mereka adalah berdasarkan isu yang direka-reka,kalaupun tidak ditokok tambah.Selain kuat menipu, pembangkang juga sudah terbukti gagal membentangkan penjelasan yang memuaskan tentang bagaimana mereka akan memastikan negara tidak bankrap berdasarkan janji-janji manis yang mereka taburkan.
Penjelasan seperti 'mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah' adalah penjelasan umum yang tidak mampu dicongakkan di atas kertas.Apatah lagi dengan bukti jelas bahawa pembangkang lebih hebat mengamalkan rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran negeri-negeri jajahan mereka. Malah, isu ladang rakyat dan isu tanah Kelantan yang diberi kepada DAP,isu hutan yang gondol, KUIN dan projek-projek besar yang tiris,rugi dan 'aneh' di Kedah,pemberian kontrak yang tidak telus di Pulau Pinang,isu pasir dan juga percambahan pusat maksiat di Selangor,semuanya menunjukkan yang rasuah berleluasa dan tidak terkawal di dalam kerajaan PR yang baru sahaja setahun jagung berkuasa.Justeru,bagaimana rakyat boleh percaya yang pembangkang akan mampu mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah jika mereka memerintah ??? Pembangkang juga berhujah bahawa semua perbelanjaan dan pengurangan harga barang akan mampu ditampung dengan wang dari Petronas.Pembangkang seolah-olah melihat Petronas sebagai 'kilang wang',di mana wang boleh dikeluarkan tanpa had.Sedangkan Petronas adalah nadi ekonomi negara di mana negara bergantung hampir 60% dari cukai yang dibayar oleh syarikat itu bagi merealisasikan pemberian subsidi dan menjana kewangan yang kemudiannya dikembalikan kepada rakyat melalui perkhidmatan awam dan prasarana.
Sekiranya Petronas perlu membuat kerja-kerja 'kebajikan' tambahan kepada kerajaan sepeti saranan pembangkang,maka keuntungan mereka juga pasti akan terjejas,sehingga akhirnya akan menjejaskan cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.Dalam jangka masa panjang,keadaan ini akan melemahkan syarikat tersebut dan akhirnya akan turut mengheret kerajaan dan negara bersamanya. Secara dasarnya,pembangkang hanya mempunyai dua hujah tentang dari mana mereka akan mencari wang untuk negara iaitu : 1. 'membanteras rasuah' yang mana kita tidak percaya langsung akan dilakukan oleh mereka, dan juga 2. 'mengikis Petronas' yang mana seolah-olah mengikis bapa sendiri sehingga menyebabkan sekeluarga menjadi miskin.Maka tidak hairanlah rakyat tidak yakin yang 'pembangkang tidak akan membangkrapkan negara' walaupun Tun Musa mungkin bercakap berlapik dengan menambah ayat 'dengan sengaja'.Namun,rakyat yakin yang Tun Musa juga turut sangsi yang pembangkang tidak akan membangkrapkan negara secara 'tidak sengaja'.Jika tidak,tentulah Tun Musa tidak akan menyatakan dengan begitu yakin bahawa beliau meramalkan kemenangan BN dalam PRU ini.Pastinya,beliau sendiri tidak yakin dengan parti yang suka menggunakan pengaruh orang lain serta memanipulasi kenyataan orang lain semata-mata kerana terlalu terdesak untuk meraih undi.
RENUNG-RENUNGKAN
Sumber: badut rakyat blog
Comments
Post a Comment