PRU13: SAYANG SAYANG DATUK ROS


Alhamdulillah. Majlis semalam jalinan pemimpin bersama penduduk kg Laut pdm Buang Sayang parlimen Papar disambut hebat oleh penduduk di sana. Dari pengamatan pu3. Sikap ramah dan keikhlasan yang ditunjukkan selama 5 tahun sebelum ini masih mengikat hubungan sama penduduk kepadanya. Sokongan tetap dizahirkan.

Sewaktu membelek-belek gambar-gambar yang rakan pu3 ambil sepanjang majlis tersebut. Satu suasana menyentuh perasaan pu3.

Perhatikan wajah belia berbaju melayu hijau itu. Teruja dan gembiranya dia dapat berdiri bersama-sama Datuk Rosnah Abduk Rashid Shirlin. Menurut info pu3 setelah bertanya kepada rakan yang berada dalam majlis tersebut. Wanita bertudung kuning air itu adalah ibunya. Beliau memaklumkan anaknya sangat meminati pemimpin wanita muda ini. Walaupun mempunyai kekurangan pada dirinya. Ia tidak menghalang anak muda ini meminati Datuk Rosnah.

Apabila anak muda ini melihat Datuk Rosnah berbual dengan ibunya. Dengan segera anak muda ini mendekati pemimpin kesayangannya. Lihat wajahnya. Keikhlasan dalam perlakuannya dizahirkan pada impresi wajahnya.


Apabila memikirkan semula dalam kekurangan sebegini tetapi sangat kenal kepada pemimpin puteri ini. Seperkara yang muncul dalam fikiran pu3. Adakah kerana jiwa dekat kepada rakyat yang dilakukannya sepanjang tempoh Datuk Rosnah diamanahkan sebagai ahli parlimen Papar sebelum ini menyebabkan masyarakat kawasan papar menyenanginya? Melihat sambutan ini... boleh pu3 katakan.. YA!!!!!


Hanya mereka yang berkehendak pujaan tinggi dengan andaian menjadi pemimpin utama sahaja menjadikan Datuk rosnah sumber fitnah jahat mereka. Dengan harapan pemimpin puteri ini jatuh dan merekalah menggantikannya!!! Ingatlah hidup ini umpama tape recorder. Hari ini buat jahat.. walau orang lain tak tahu.. esok lusa Allah balas mendedahkannya!

Jangan kerana gilakan kerusi kita kehilangan pemimpin yang disayangi. Jangan kerana angankan kerusi.. maruah rakyat dikorbankan!!!!

#Vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap

Comments

Popular Posts