KENYATAAN AKHBAR PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Presiden UMNO kerana memberi peluang dan ruang serta kepercayaan kepada pemimpin dalam kalangan ahli Pergerakan Puteri UMNO bagi bertanding di beberapa kawasan dalam PRU-13 ini.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menganggap ini merupakan pengiktirafan Barisan Nasional terhadap pemimpin wanita muda dalam Pergerakan Puteri UMNO. Pemilihan ini juga selaras dengan dasar 30 peratus dalam membuat dasar Negara.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat pemilihan calon yang dipertandingkan dalam PRU-13 ini sama ada di peringkat Parlimen mahu pun DUN merupakan gandingan anak muda dan orang lama dan merupakan gandingan yang terbaik demi memastikan Negara diteraju oleh pemimpin yang sentiasa diterima oleh segenap lapisan rakyat.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan menyokong siapa sahaja calon yang dipilih oleh tampok kepimpian Barisan Nasional. Pergerakan Puteri UMNO juga akan berkerja keras demi memastikan calon Barisan Nasional menang besar dalam pilihanraya kali ini.

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
Ketua Puteri UMNO Malaysia

Berikut adalah senarai calon yang dipilih kalangan Puteri UMNO

Parlimen
1. P.175 Papar (Sabah) Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin - Ketua Puteri UMNO Malaysia

2. P.134 Masjid Tanah (Melaka) Mas Ermieyati Samsudin - Exco dan Ketua Puteri Negeri Melaka & bahagian Masjid tanah

Dewan undangan Negeri
1. N. 3 Chuping (Padang Besar) Perlis. Asmaizah Ahmad - exco dan ketua Puteri Perlis & Bahagian Padang Besar

2. N.36 Bandar Baru (Kulim Bandar Baru) Kedah. Datin Norsabrina Mohd Nor  - Exco dan ketua Puteri Bahagian Kulim Bandar Baru

3. N.02 Temenggor (Gerik) Perak. Salbiah Mohamed.- ketua Puteri Perak & bahagian Gerik

4. N42 Tualang Sekah (Kampar). Perak. Nolee Ashilin Mohd Radzi -Exco Puteri Malaysia

5. N 24 Luit (Pahang) Nurhidayah Mohamad Shahaimi -Ketua Puteri Bahagian maran

6. N 13 Sikamat (Seremban) Negeri Sembilan. Wan Salwati Abdullah - Exco dan Ketua Puteri Bahagian seremban

7. N 1 Buloh Kasap (Segamat) Johor. Norshida Ibrahim - Ketua Puteri Johor dan bahagian Segamat

#vote4BN
#betternation
#BNBah
#JanjiDitepati
#puterimalaysia

Comments

Post a Comment

Popular Posts