Followers

ZAHID TIBA UNTUK LAWATAN TINGKATKAN HUBUNGAN DUA HALA DENGAN UK


LONDON:  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini Ahad, sempena lawatan kerja empat hari bagi meningkatkan hubungan dua hala dengan United Kingdom (UK), terutama dalam soal keselamatan.


Beliau diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Ketibaan Ahmad Zahid dan delegasi di Lapangan Terbang Heathrow, London disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Datuk Ahmad Rasidi Hazizi dan pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Lawatan itu, yang pertama oleh Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, adalah signifikan ke arah meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara mengenai isu-isu kepentingan bersama.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, antara lain akan menemui  Setiausaha Dalam Negeri UK, Theresa May, dan kedua-dua mereka dijangka membincangkan isu-isu mengenai imigresen, jenayah rentas sempadan, memerangi keganasan, hak asasi manusia dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) daripada perspektif Islam.

Timbalan Perdana Menteri juga dijadual menghadiri majlis makan malam bersama  Diaspora Malaysia di Manchester.

Hampir 200 rakyat Malaysia termasuk pelajar dijangka menghadiri majlis berkenaan.

Pada hari terakhir lawatan Rabu, Ahmad Zahid dijadual menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia (WCES) Ketujuh di London.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment