NAJIB GEMBIRA MALAYSIA DINAMAKAN SEBAGAI EKONOMI ISLAM PALING MAJU


KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa Malaysia telah dinamakan sebagai ekonomi Islam paling maju di dunia oleh penyedia perkhidmatan perniagaan pintar global, Thomson Reuters.


"Institusi kerajaan dan perbankan meletakkan asas yang kukuh untuk perbankan Islam berkembang - berpegang kepada ajaran Islam," katanya menerusi catatan dalam laman Facebooknya, hari ini.

Pada Khamis, pemangku Ketua Perbankan Islam Thomson Reuters, Mustafa Adil dilaporkan sebagai berkata perbankan Islam Malaysia jauh mengatasi negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Ketika berucap pada Forum Ekonomi Dunia Islam ke-11, Mustafa berkata Malaysia mencatatkan prestasi tertinggi dalam semua petunjuk yang digunakan untuk mengukur kemajuan, termasuk tahap kemajuan negara melalui enam petunjuk iaitu tahap tadbir urus, ketelusan, pendidikan, kewangan, tanggungjawab sosial korporat dan kesedaran secara keseluruhan.- BERNAMA

Comments

Popular Posts