Followers

ADMM: INISIATIF RONDAAN SELAT MELAKA DITERUSKAN , KATA HISHAMUDDIN


PETALING JAYA:  Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand Selasa bersetuju untuk meneruskan inisiatif Rondaan Selat Melaka (MSP) untuk membanteras rompakan dan memastikan keselamatan kapal yang melalui Lautan Hindi dan Laut China Selatan.

Persetujuan itu dicapai pada mesyuarat khas empat negara membabitkan Menteri Pertahanan masing-masing pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Subang di sini.

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata MSP telah terbukti berkesan kerana jumlah kes, termasuk rompakan di laut berkurangan dengan ketara daripada 150 kes kepada 71 kes selepas dua tahun pelaksanaannya yang bermula pada 2004.

"Inisiatif itu bermula dengan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk menyelaraskan rondaan di laut dan ia telah diperluaskan kepada rondaan udara (Eyes in the Sky) pada 2005.

"Selepas itu pada 2008 ditubuhkan Kumpulan Kerja Pertukaran Risikan (IEG) dan pada 2008, Thailand menyertai program ini untuk memantapkan lagi inisiatif ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat khas itu.

ADMM bertemakan "ASEAN - Mengekalkan Keselamatan dan Kestabilan Serantau untuk dan oleh Rakyat" yang bermula hari ini merupakan mekanisme perundingan dan kerjasama pertahanan dalam ASEAN bagi membincangkan perkara berkaitan pertahanan manakala mesyuarat ADMM-Campur ke-3 akan diadakan hari ini.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment