Followers

TIGA WARTAWAN PORTAL BERITA DISOAL SIASAT POLIS


KUALA LUMPUR:  Tiga wartawan portal berita tempatan disoal siasat polis pada Isnin berhubung laporan berita dikatakan berunsur fitnah berkaitan pertukaran timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata dua daripada mereka adalah wartawan Malaysiakini dan seorang wartawan The Star Online.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"Serbuan dibuat di pejabat kedua-dua portal berita itu pada pukul 2 petang hingga pukul 4.30 petang, sebelum mereka meninggalkan pejabat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah komputer riba, satu unit CPU komputer, satu unit 'pendrive' dan beberapa salinan dokumen berkaitan kes itu.

"Barang-barang rampasan itu dihantar ke forensik SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dianalisis," katanya.

Jumaat lepas, Malaysiakini dan The Star Online disiasat polis dan SKMM berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran DPP SPRM itu.

Siasatan itu susulan satu laporan polis oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada 3 November.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment