MEWAHNYA ANWAR DI PENJARA

LADY tak tau lagilah apa yang dikatakan Anwar dizalimi dalam Penjara. semasa mendengar laporan yang dinyatakan dalam berita, layanan yang diberikan kepada Banduan bernama Anwar pada LADY dah lebih mewah yang sepatutnya diterima oleh seorang yang dah berpindah status BANDUAN.


mengikut cerita, keluarga si Banduan kesalahan LIWAT ini meminta untuk si banduan ini melakukan pembedahan Artroskopik di luar negara! sekali lagi LADY ulangi, Luar negara!!! pembedahan Artroskopik ini boleh dilakukanpun di dalam negara kerana kepakaran dan kemudahan yang lengkap ada di negara ini. dah diberi peluang juga sekiranya berkehendak pakar dari luar negara boleh dengan melakukan pembedahan di dalam Malaysia. 


Menurut saorang pakar Artroskopik, negara Malaysia adalah diantara negara pilihan dirantau ini untuk melakukan pembedahan Artroskopik ini adalah kerana Malaysia mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Malaysia adalah diantara yang mempunyai peralatan dan kepakaran untuk melakukan pembedahan Artroskopik atau pembedahan menggantikan sendi bahu –  tidak kira mana satu yang dipilihnya.
Tak payah nak mengada-mgada nak terbang ke over sea!!! orang dari luar negara sendiripun datang ke Malaysia untuk melakukan pembedahan yang sama. malahan apa yang LADY dengar semalam, pembedahan jenis itu sudah saban hari lakukan ke Hospital kerajaan . dengan erti kata lain, ianya bukan perawatan dan pembedahan yang luar biasa dan julung kali bakal dilaksanakan di Malaysia! 


Menurutnya Akta Penjara 1995 tidak membenarkan banduan dirawat di kemudahan bukan kerajaan atau mendapat rawatan di luar negara kerana segala keperluan rawatan sedia wujud di  negara ini. Apa dajalnya nak bawa banduan ni ke luar negara untuk pembedahan yang boleh dilakukan di Malaysia????? sememangnya permintaan keluar si banduan ini sungguh mengarut dan bagi pandangan LADY, melampau sangat!!! 

Sedarlah Anwar dan keluarga si banduan peliwat ni! anwar adalah Banduan! bukan tinggal dalam HOTEL MEWAH suka hati nak keluar masuk, bebas nak berjalan-jalan sampai ke luar negara hanya dengan alasan melakukan rawatan membetulkan tulang bahu yang cedera kerana kemalangan!

nak kata dizalimi, menurut laporan perubatan. Panel Pakar-pakar yang merawat banduan Sungai Buloh itu terdiri daripada 17 orang pakar klinikal daripada 8 disiplin perubatan: 
i. Perubatan (2): 1 Pakar Perunding Kanan Perubatan dan 1 Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi; 
ii. Ortopedik (7): 1 Pakar Perunding Kanan Pembedahan Ortopedik dan Tulang Belakang dan 6 Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik Arthroscopy and Sports Surgery; 
iii. Urologi (2): 2 Pakar Perunding Kanan Urologi; 
iv. Dermatologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Dermatologi; 
v. Neurologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Neurologi; 
vi. Telinga, Hidung & Tekak (Ear, Nose & Throat, ENT) (1): 1 Pakar 
vii. Perunding Kanan Pembedahan Telinga, Hidung & Tekak; 
viii. Pergigian (1): 1 Pakar Perunding Pergigian;  
ix. Radiologi (2): 2 Pakar Perunding Muscular Skeletal Radiology
Berdasarkan rekod, sebenarnya tiada sebarang halangan bagi sesi pemeriksaan kesihatannya, sebanyak 78 kali pertemuan dengan doktor di Penjara Sungai Buluh, sebanyak 27 kali pertemuan bersama pakar panel Penjara Sungai Buluh dan  sebanyak 12 kali pertemuan dengan Fisiotrapi. Rekod ini sahaja telah menunjukkan bahawa  pihak Penjara dan juga kerajaan Malaysia tidak pernah mengabaikan  tahap kesihatan yang dilami oleh  Anwar Ibrahim. Kesihatannya sentiasa mendapat pemantauan yang rapi. adeh!! cukup mewah dan LADY tidak boleh membayangkan berapa kos yang dibelanjakan untuk penggunaan khidmat pakar itu! ZALIM KAH LAGI??? Siapa yang menzalimi siapa sebenarnya???? 
LU siapa pihak pembangkang????  nak memperkatakan tentang perubatan sedangkan yang banyak memperkatakannya adalah mereka yang mencanang, melalak, memekiki, bising,  adalah mereka-mereka yang bukan berlatarbelakangkan perubatan !! tahukah anda telah melakukan FITNAH!!!!!!!

Comments

Popular Posts