DEBAT 1MDB: KERAJAAN SUDAH BERI PETUNJUK AKAN ADAKAN DEVAT-PANDIKAR AMIN


KUALA LUMPUR:  Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa membuat keputusan berhubung debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disebabkan langkah yang diambil kerajaan untuk merealisasikan acara tersebut.

"Saya ambil keputusan sekarang kerana kerajaan sudah memberi petunjuk untuk mengadakan debat tersebut.

"Saya tidak boleh benarkan ia berlaku," kata Pandikar ketika Majlis Ramah Mesra Speaker Dewan Rakyat bersama Pengarang media, di sini malam ini.

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat berdasarkan Peraturan 85 dalam Dewan Rakyat di mana tiada ahli yang terlibat dalam mana-mana jawatankuasa di Parlimen boleh membuat kenyataan atas kapasiti individu.

"Saya sudah lama beri kelonggaran. Sejak 2008 lagi," kata Pandikar Amin, merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang juga ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ketika siasatan oleh PAC berjalan jelasnya, ahli-ahlinya tidak boleh berbahas di luar Parlimen sehingga siasatan selesai.

"Ini kerana ia mempunyai kemungkinan untuk siasatan tersebut tergendala," kata Pandikar Amin.- ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts