Followers

NAJIB MAHU POLIS AMBIL TINDAKAN PANTAS KES BUNUH KEVIN MORAIS


KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Tun Razak mahu polis mengambil tindakan pantas dan menyiasat pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.


"Saya mengutuk keras pembunuhan dahysat DPP Kevin Morais. Takziah kepada keluarganya. @PDRMsia mesti mengambil tindakan cepat & menyiasat kes ini," katanya dalam akaun Twitternya pada Rabu.

Mayat Morais ditemukan dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini selepas salah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi tong itu pagi Rabu di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.


Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lepas selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment