Followers

SIASATAN MASIH DIJALANKAN EKORAN KEMATIAN SUSPEK DALAM TAHANAN : KPN


KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih dalam proses melengkapkan siasatan terhadap kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, ketika dalam tahanan polis.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata selepas itu, polis akan mengemukakan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"PDRM menerima laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang mendapati wujudnya unsur fizikal dalam kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur ketika dalam tahanan polis," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Khalid memberi jaminan polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit, kerana PDRM tidak akan melindungi anggota yang terlibat dengan perbuatan jenayah.

Pada 25 Nov 2014, polis Johor menyatakan kematian seorang lelaki selepas ditahan dalam satu serbuan di Pengerang adalah sebagai kematian mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki itu yang juga suspek kes rusuhan, ditahan pada 3 Nov 2014 dalam serbuan di Kampung Simon, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment