Followers

PERLEMBAGAAN MALAYSIA TIDAK MUNGKIN DIPINDA UNTUK SERTAI TPP- MUSTAPA


KUALA LUMPUR:  Perlembagaan negara tidak mungkin tidak akan dipinda untuk membolehkan Malaysia menyertai rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kata Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Perlembagaan kita tidak mungkin akan dipinda untuk masuk TPP. Akan ada undang-undang yang akan dipinda namun itu perkara biasa," kata Mustapa.

Menurut Mustapa, negara juga tidak akan dijajah semula seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Pelaburan Malaysia di luar negara kini RM522 billion melebihi pelaburan asing dalam Malaysia, iaitu RM477 billion. Kalau kata akan Malaysia dijajah, sepatutnya Malaysia yang jajah negara luar kerana pelaburan kita lagi banyak di luar negara," kata Mustapa ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA, dan Bajet 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Jelas Mustapa lagi, masyarakat Bumiputera juga tidak perlu risau dengan TPP memandangkan kepentingan mereka akan terus dipelihara.

"Dalam TPP bagi sektor pembinaan, 30 peratus diperuntukkan bagi golongan Bumiputera."

Beliau juga berkata TPP bukan sekadar akses pasaran global namun ia juga melibatkan standard yang tinggi termasuk dalam aspek ketelusan dan anti korupsi- ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment