PEMBANGKANG TIPU ISU KAUM INDIA TIADA KERAKYATAN

KUALA LUMPUR, – Dakwaan kononnya terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia adalah satu lagi pembohongan pembangkang untuk mempengaruhi rakyat membenci kerajaan.

Mendedahkan demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selepas diperiksa, didapati dakwaan itu tidak benar kerana hanya terdapat 9,000 kes dengan 50 peratus kes telah selesai dan diberi status kerakyatan.

"Saya periksa tadi dan tanya sekali lagi dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengenai dakwaan itu. Confirm hanya ada 9,000 sahaja.

"Sebanyak 4,500 sudah selesai dengan kerakyatan telah diberi. 2,000 permohonan sedang diproses. Baki sudah kita bagi kad pengenalan dan sijil.

"Kita buka pendaftaran. Siapa ada masalah boleh tampil ke hadapan. Saya bagi jaminan, siapa yang layak kita bagi kelulusan terus," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pembangkang dilaporkan mendakwa terdapat 300,000 kes masyarakat India tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak mendapat status kerakyatan di negara ini.

Pembangkang turut mendakwa jika mereka mempunyai kuasa, kes tersebut akan diselesaikan dalam masa sebulan sahaja.

Najib berkata melalui angka itu bermakna pembangkang akan menyelesaikan 10,000 kes dalam masa sehari selain mencari 10,000 orang untuk tujuan memproses dan meluluskan borang mereka.

Sambil berseloroh, Najib berkata, jika benar dakwaan itu, Barisan Nasional (BN) pastinya gembira dan berbesar hati untuk memberikan pengenalan diri atau kerakyatan demi menambah peti simpanan mereka untuk pilihan raya kelak.

"You can fool some other people some other time but not all the people all the time. Don't fool the Indians forever. (Kamu boleh perbodoh sesetengah orang lain beberapa ketika lain tetapi bukan semua orang pada sepanjang masa. Jangan perbodoh masyarakat India selamanya).

"Janji kita adalah kita ceritakan kebenaran. Kita tidak bohong, merekacipta cerita. Hanya BN boleh ubah masa depan masyarakat India," katanya.
http://www.umno-online.my/?p=73669
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts