IKHLAS PEJUANG PERMATA UMNO

Kembali menulis. Banyak sangat tulisan rakan blogger lain yang pu3 baca. Maaflah lama tak menulis. Sangat sedikit menulis bulan nov. Kerja luar banyak kena fokus, menulis juga tetapi bukan untuk perkongsian di blog ini.

Pu3 sebagai ahli puteri sangat bangga dengan persembahan dilakukan oleh pembahas puteri terutama sekali Ketua puteri UMNO Malaysia yang menambahkan semangat juang dalam diri pu3 bersama rakan lain. Apa yang disampaikan itu adalah suara hati pejuang Puteri.

Mungkin ada yang tergelak mengejek puteri apabila diletakkan sebagai PERMATA UMNO. Kalau dinilai sebaiknya, Permatalah benda bernilai. Disebalik kilauannya, kekuatan dan ketahannannya tidak mampu dipertikai. Kegagahannya mampu memotong setebal manapun kaca yang banyak. Keikhlasan kilauannya kekal tidak berubah walau suatu saat peringkat awalnya kaca yang digilap lebih bersinar tetapi kaca bersifat kilau seketika tetapi permata tetap berkilau dari mula sehingga selama-lamanya.

Dalam ucapan pembahas puteri pun. Nampak kesungguhan mereka menzahirkan kata-kata kesetiaan tanpa mendedak balasa. Kenapa? Kerana keikhlasan dan kejujuran mereka dalam memperjuangkan hak ahli parti dan masyarakat.

Bukan nak menyibuk. Tapi pu3 memang sepanjang PAU2012 bersama2 rakan lain memastikan point pembahas puteri menzahirkan konsep perjuangan sebenar puteri UMNO. Biar kepimpinan lain nampak bahawa puteri bukan setakat assisten yang hanya diperlukan saat tidak mampu berdiri kudrat.

Ucapan penggulungan YB datuk rosnah Abd Rashid Shirlin membuktikan itu kata-kata yang selama ini puteri UMNO inginkan kepimpinan lain sedar dan tahu. ( Kita berlawan dengan pembangkang. Bukan bersaing adik beradik.- pesanan ini khas untuk mereka yang menganggap kami sebagai pesaing)

Salam perjuangan. Semoga kembali ke kawasan masing2 semangat pejuang tidak luntur. Pastikan tidak luntur ya perwakilan, kerana PRU bila2 masa tau. Puteri UMNO always bersemangat sebab tu tidak melatah walau dihina dan diejek.

#hidupPuteriUMNO
#PERMATAUMNO
#BNBah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts