BUKTI PAKATAN TIDAK SEKATA!!!!

Kenyataan karpal Singh hari ini membuktikan bahawa selama ini... pakatan rakyat tidak pernah sepakat dalam memutuskan sebarang keputisan soal siapa bakal menjadi ketua mereka.

Konvensyen DAP menyatakan pendirian mereka mengekalkan Anwar Bin Ibrahin sebagai Perdana Menteri JIKA pakatan Rakyat menang PRU 13 kelak. Tidak seiya dengan keputusan muktamar PAS bulan lepas yang memutuskan mahukan Presiden PAS hj Hadi menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.
   
"Apabila kami menang dan tawan Putrajaya, kami dalam DAP akan memberi kerjasama untuk tentukan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri," katanya pada ucapan perasmian Kongres Kebangsaan DAP kali ke-16, di Penang International Sport Arena (PISA) di sini hari ini.
   
Pendirian beliau itu nyata bertentangan dengan resolusi Pas baru-baru ini yang memilih presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang dipilih menjadi kerajaan baharu Malaysia.
   
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Pas akan menjadi sekutu penting dalam pakatan pembangkang, meskipun mereka (Pas) mungkin mempunyai prinsip yang berbeza.
   
Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada perasmian kongres itu ialah Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.
   
Ahli politik berusia 72 tahun itu turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah dan melupai sumbangan golongan veteran terhadap kemajuan parti itu.
   
"Kita tidak seharusnya lupa bahawa kita mencapai kegemilangan disebabkan pemimpin terdahulu. Jangan lupakan golongan veteran. Jangan pandang rendah kepada kuasa golongan veteran," katanya.  - Bernama

Nampaknya karpal singh ada agenda sendiri mengangkat Anwar bin Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri Malaysia kelak. Dia memegang semua kerahsiaan Kesongsangan Anwar. Dengan cara itulah.. rahsia tersebut menjadi rantai mencucuk hidung Anwar untuk akur apa sahaja yang bakal diarahkan oleh Karpal Singh kelak. Lebih kurang jadi kerbau Karpal Singh ler ...

Belum berkuasapun dah nampak parti dalam pakatan rakyat ini tidak bersatu. PAS pula.. dah tahu kedudukan umpama telur di hujung tanduk  dah sedar DAP dan PKR tak akan memperjuangankan Islam. Tapi masih merelakan diri bersujud kepada mereka. Kasihan sungguh!!!!

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati

Comments

Popular Posts