WAHHH! CUBAAN NAK NAFIKAN TINDAKAN MENGUGUT YB HAMIDAH!!! LUPA SAKSI KER NGA KOR MING??!!!
Inilah akibatnya apabila marah rahsia terbongkar. Semasa emosi dah puncak... cakap berbaur ugutan tu lupa dalam dewan tu bukan duduk 1 ADUN 1 bilik berasingan. Tulah nga kor ming... nak ugut tu kena tengok kiri kanan depan belakang dulu. Nak nafikan pastikan betul-betul tiada saksi!!!!!
Baca lagi....
EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman menyelar Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana menafikan ada membuat ugutan berkaitan pendedahannya mengenai syarikat pembalakan membabitkan Kor Ming dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham. YB Dato Hamidah menyatakan bahawa Nga Kor Ming lupa ketika beliau membuat ugutan terhadap saya terdapat dua pemimpin berada bersama beliau yang menyaksikan kata-kata berbaur ugutan yang dihamburkan oleh Nga Kor Ming terhadap saya," kata YB Dato Hamidah.
"
Saya sudah mengagak Nga Kor Ming akan bertindak sedemikian kerana itulah sifat mereka yang cuba mengalihkan pandangan rakyat terhadap pendedahan pemilikan tanag seluas 10,526 ekar dihadapinya kini," kata YB Dato Hamidah.
"Saya juga difahamkan ada wartawan telah pun menerima surat amaran daripada Nga Kor Ming, dengan niat agar untuk memberhentikan isu ini daripada didedahkan dalam suratkhabar, "kata YB Dato Hamidah ketika program turun padang di Pasar Tani Medan Gopeng.
Beliau mengulas kenyataan Kor Ming yang mendakwa dakwaan Hamidah itu adalah fitnah dan meminta polis menahannya kerana membuat laporan palsu manakala Koo Ham mendakwa Hamidah sengaja memutar belitkan fakta.
Dalam laporan di Balai Polis Kampung Rapat di sini kelmarin, Hamidah mendakwa Kor Ming mengeluarkan perkataan You revealed, watch out, I will go after you (awak dedahkan, jaga-jaga, saya akan cari kamu) di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu. Ia ada kaitan dengan tindakan Hamidah mendedahkan cariannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang mendapat kelulusan kawasan balak. Syarikat itu diberi tanah seluas 4,359 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.
"Memang ketika ugutan itu berlaku, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Rusnah Kassim berada bersama saya, sebagai pemimpin yang berpengalaman, Tan Sri cuba menenangkan keadaan daripada berlaku pertengkaran dengan mengajak Nga Kor Ming, Datuk Rusnah Kassim bergambar bersama.
Menghormati profesionalisme sebagai Adun saya pun bergambar bersama Nga Kor Ming walaupun dalam keadaan marah", jelas YB Dato Hamidah
"Saya sudah agak peristiwa bergambar tersebut akan digunakan oleh Nga Kor Ming untuk mengelirukan rakyat dengan menuduh saya pula yang buat laporan palsu serta meminta pihak polis menangkap saya," tegas YB Dato Hamidah lagi.
"Sebagai seorang beragama Islam saya tidak akan gunakan polis dan undang-undang untuk menipu rakyat seperti yang dilakukan oleh Nga Kor Ming dan dalam laporan polis yang saya buat pun mengandungi nama-nama saksi tersebut", kata Hamidah lagi.
"Nga Kor Ming kini terlalu terdesak apabila nama beliau dan Ngeh Koo Ham adalah pemilik 100% saham dalam syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. yang telah dikurniakan tanah sebanyak 10,546 ekar di Relai, daerah Chiku, Gua Musang, Kelantan," kata YB Dato Hamidah lagi.
"Saya juga meminta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) menyiasat dengan segera keatas status tanah sebanyak ini agar rakyat tahu siapa sebenarnya pemimpin DAP,"
Nik Aziz usah takut biar pihak SPRM membuat penyiasatan terlebih dahulu baru boleh dikatakan fitnah, jangan gelabah tidak tentu hala apabila membaca isu ini didedahkan sehingga mahu menyaman orang lain.
Secara praktikalnya dan prosedur pentadbiran, kelulusan tanah sebanyak itu hanya boleh ditandatangani oleh menteri besar Kelantan sahaja.
Oleh itu Nik Aziz jangan mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu dalam pemajakan tanah seluas itu.
Sumber: daily selangor
Comments
Post a Comment