KENAPA PERLU HAD HARGA TELEFON PINTAR UNTUK REBET RM200


Hmmmmm.... pu3 pelik sungguh tindakan SKMM yang bukan membantu tetapi menimbulkan isu yang sepatutnya tidak timbul.  Pu3 bersetuju dengan pandangan ketua pemuda malaysia Merangkap ketua pemuda barisan Nasional YB khairy berkenaan pengehadan jenis telefon pintar di bawah RM500 sebagai had maksima ke atas rebet RM200 yang diberikan kepada kumpulan belia berpendapatan bawah RM 3000 sebulan dan usia dibawah 30th selepas 21thn.

"Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar," kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini, menerusi Twitter. ~ Pu3 SOKONG!!!!

Dalam mesej berasingan, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar, bukannya harga telefon pintar. ~Pu3 SETUJU!!!

Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: "Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar." ~Pu3 SOKONG!!!!!

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun; berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis SKMM, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember depan dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dipetik berkata, had harga adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar sendiri.
Pu3 mulai servey jenis telefon pintar di bawah rm500.

#HTC Explore rm499 # Huwei Boulder RM399 #LH Optimus L3 E400 RM469 #nokia Asha 300 RM360 #Nokia Asha 302 RM399 #Nokia Asha 303 #Nokia Asha 311 RM419 # samsung galaxy pocket RM399 #samsung galaxy Y RM499 #SAMSUNG WAVE y S5390 RM419 #Sony Ericson XPERIA mini RM499 #Sony Ericson XPERIA X8 RM499 #DLL ~jenama lain termasuk made china malaslah pu3 nak masukkan. Ni yang standard

Maaflah berdasarkan model yang pu3 sertakan di atas... semua tidak sesuai untuk kumpulan usia 21th-30th. Ianya hanya untuk remaja sekolah menengah. Bukan nak perlekehkan kelas ... pelajar sekolah rendahpun dah memiliki telefon pintar jauh lebih mahal.!!!!!

Pu3 andaikan pengerusi SKMM dah terlepas pandang apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2013. Kenapa bertindak ikut fikiran sendiri konon dengan cara menghadkan teledon pintar di bawah RM500 sahaja layak digunakan rebet RM200 itu?  Untuk tujuan apa katanya????? Membantu golongan belia berpendapatan bawah rm3000 memperolehi telefon pintar. Soalan pu3.... dah cukuo buat servey ker jenis-jenus telefon pintar yang ada di pasaran?

Pada pandangan pu3. SKMM tidak perlulah mereka atau mencipta BLOCK harga untuk memberi rebet tersebut. Beri sahaja . Terserah kepada kumpulan belia berkelayakan memilih jenis telefon pintar yang mereka kehendaki. tak perlu letak maksima harga. Usah nak timbulkan isu.

Ini bukan sahaja follower KJ merungut. Rakan-rakan pu3 sendiri merungut kata APA BODOH BENGAP SKMM ni. SKMM ni siapa nak tetapkan pilihan golongan muda untuk memiliki telefon?  Keluarkan sahaja rebet RM200 tu. Bayaran yang lebih tu masing-masing tanggung!

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan pada 28 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rebat RM200 akan diberi ke atas pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.

Ps: hmmmmm... sama kes komputer 1 Malaysia jugakan. Betullah free untuk kumpulan yang berkelayakan. Tapi ia tetap menyusahkan kerana belum sempat guna dah rosak MOTHERBOARD. ada yang guna baru sebulan dah macam-macam masalah kena selesaikan. Kena service lah.. tak pasal-pasal yang untung semula kedai baiki komputer!

Pesanan pu3 pada SKMM. Pertimbangkan semula pengehadan kadar maksima pembelian telefon pintar tersebut. Tugas SKMM hanya meluluskan belia yang layak menerima rebet dan kedai mana yang dilantik menjadi wakil SKMM menjual telefon pintar tersebut. Bukan SKMM yang kena gunakan telefon pintar tersebut. Tetapi kumpulan sasaran.

Pu3 sebagai kumpulan belia usia kumpulan 21th-30th faham sangat pilihan belia dalam memilih gajet ni. Jangan nak keluarkan kenyataan kumpulan ini demanding dan tidak bersyukur ya. Mereka berhak perolehi kelebihan tanpa disekat sebegitu rupa.!!!!!

SILA KAJI SEMULA ARAHAN TERSEBUT SEBELUM MENYUKARKAN KEADAAN. PERHATIAN UNTUK SKMM

pu3 sendiri sanggup ikat perut kumpul duit beli Note 2 dan blackberry pu3. Tablet pun kumpul bajet dulu. Sekurang-kurangnya rakan-rakan belia pu3 yang dah lama menyimpan nak membeli telefon pintar yang sudah ditarget, harusnya merasa lega dengan bantuan RM200 tersebut. Bukan mengeluh.

Takut pula keluar cerita baru. Kumpulan belia menerima Rebet rm200 menjual baucer rm200 hanya kerana nak daptkan wang tunai menambah tabungan untuk membeli telefon idaman!!!!!!!

Pu3 nak tegur juga Presiden Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang membuat kenyataan di BERNAMA dengan mengatakan "Jika mampu beli telefon pintar berharga RM1,000 hingga RM2,000, tidak perlulah mengharapkan bantuan kerajaan beli telefon. Ramai lagi belia lain yang perlukan bantuan ini."

Pu3 rasa yang meminta menaikkan nilai Rebet tu tak perlulah dipertimbangkan. kerajaan sudah prihatin membantu mengurangkan RM200 untuk membeli telefon pintar. Persoalan pu3. kenapa nak menjatuhkan standard golongan belia yang memohon rebet RM200 dan meletakkan nilai mereka hanya pada RM500 semata sahaja. Adakah Presiden Belia Malaysia melihat jurang memilki telefon bimbit nilai atas RM500 dan bawah RM500 hanya pada golongan tertentu.  Pu3 bukan nak saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menyokong KEMANJAAN segelintir belia yang berangan-angan memiliki telefon pintar yang nilai atas RM500 dengan mengerah kerajaan menaikkan nilai rebet. Pu3 nak JANGAN DITENTUKAN HAD Mana satu jenis telefon pintar yang bakal dimiliki oleh belia yang layak menerima rebet itu.

demikian juga kepada Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'amor Osman ""Belilah telefon ikut keperluan kita. Pakej 3G ini pelbagai, jangan ikutkan perasaan sampai RM100 sebulan bayar bil kerana mahu internet kelajuan tinggi tapi akhirnya tidak mampu bayar," katanya. ~ Pu3: kenapa? nilai telefon pintar bawah RM500 tidak memerlukan internet access jugaker? jika ia hanya telefon bimbit tak perlulah diletakkan sebagai telefon pintar jika telefon tersebut tidak mampu melayari internet. 

ulasan setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia seharusnya melihat kepada keperluan sesuai dengan kehendak. Pada pu3, tiada bezanya bill access internet untuk telefon mahal mahupun telefon murah. ia bergantung kepada cara penggunaan semata bukan jenis telefon. 

Belia yang berkemampuan sememangnya tidak akan memohon rebet RM200 tersebut. tetapi adakah belia yang layak menerima rebet RM200 tidak mampu mengumpul jumlah bajet untuk membeli telefon pintar seperti Note Note II, Iphone? bantuan RM200 itu mengurangkan keperluan mereka mengumpul nilai keseluruhan (soal demikian pu3 nak ucapkan TERIMA KASIH kepada kerajaan BN yang sangat prihatin dan sedar keperluan telefon pintar untuk melayari internet perolehan maklumat) bukan seperti segelintir yang memegang jawatan hanya tahu mengampu dan membuat ulasan, menyinggungkan perasaan goolongan belia yang walau kurang berkemampuan tetapi menyimpan hasrat memiliki gajet sama dengan belia yang berkemampuan!!!!

PS; CUBA FIKIRKAN APA YANG INGIN DIKATAKAN. YAB PM TIDAK MENETAPKANPUN NILAI BELIA BERKEMAMPUAN DENGAN MERENDAHKAN NILAI BELIA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. KENAPA PEGAWAI YANG DIAMANAHKAN SENGAJA MEMBUAT 'RENDAHKAN' PADA GOLONGAN BELIA BERKENAAN? KENAPA YAB PM MENGUMUMKAN BANTUAN REBET RM200 UNTUK BELIA MEMBELI TELEFON PINTAR? KERANA YAB PM MAHUKAN BELIA DI MALAYSIA, YANG BERKEMAMPUAN (TIDAK PERLULAH DIBANTU) DAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN BERSAMA SEIRING MEMILIKI GAJET IDAMAN MEREKA DENGAN BANTUAN DARI KERAJAAN. ITU SAHAJA. RENUNGKAN. PU3 BUKAN PENYOKONG PEMBANGKANG TETAPI PU3 TEGUR UNTUK KEBAIKAN.  

PU3 TAK MEMOHON REBET RM200 TERSEBUT KERANA PU3 TAHU PU3 TIDAK MEMERLUKANNYA TETAPI PU3 MEMPUNYAI RAMAI RAKAN DI KAMPUNG YANG SUNGGUH GEMBIRA MENDENGAR BERITA REBET RM200 TETAPI SEDIKIT SUSUT KEGEMBIRAAN APABILA DIUMUMKAN PULA PENGEHADAN JENIS NILAI TELEFON UNTUK REBET BERKENAAN!

MEREKA NI DAH CUKUP DEWASALAH. KALAU TAK CUKUP DEWASA RASANYA KERAJAAN KENA PERTIMBANGKAN JUGA KELAYAK MULA DAFTAR MENGUNDI KALAU DIANGGAP 21THN NI TERLALU MUDA DAN BELUM CUKUP MATANG MEMILIH MANA YANG BAIK DAN BURUK.

Comments

  1. Tujuan bantuan rebet RM200 itu untuk golongan muda yang kurang mampu. Mereka ni tak mampu main golf atau polo, mereka tak perlukan jenama canggih, mereka cuma ingin berpeluang menerokai teknologi baru agar tidak ketinggalan.
    Dengan adanya sekatan kepada harga telefon yang layak dapat rebet maka belia yang ada bajet sekitar RM200 hingga RM300 untuk beli telefon biasa bolehlah ambil kesempatan rebet ini untuk beli telefon pintar. Kalau dah ada bajet RM600 atau RM700 tak perlulah nak rebut juga rebet itu, minta saja kat mak bapak, tentu boleh bagi, kalau dan telefon harga RM500 hanya untuk budak sekolah, tak kan mak bapak nak biarkan anak mereka dimalukan dengan telefon harga RM500.
    Kalau dah dilahirkan mendongak keatas, sampai ke tua pun tak akan pandai mendongak kebawah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara. Bantuan rebet rm200 dh cukup membantua pada kump belia yang sdg mengumpul duit utk membeli gajet idaman mereka. Kalau mrk blh desak ibubapa mereka menambah jumlah lebih. Dah lama mereka lakukan. Agaknya pu3 yakin saudara tidak bernama bukan kumpulan belia 21th-30th yang layak memohon rebet rm200 tersebut.tu yang membuat komen sedemikian.

      Kenapa nak hadkan kumpulan layak menerima rebet rm200 untuk membuat pilihan telefon pintar? Tu je yg pu3 nak katakan.

      Pu3 tak ajar org asyik mendongal ke atas sahaja. Tetapi pu3 nak ajar sesiapa yang duduk atas tu,jgn asyi mendongak ke langit lupa bagaimana rendahnya tanah dipijak! cuba2lah merasai duduk kt kawasan bawah pula. Baru faham.

      Delete
    2. kerajaan nk kasi,sepatutnya bersyukur..daripada takde kan,,buat blog ni pon lagi bangang gak.baik p jumpa datok sri jer lau nk puas hati.x pon p lah mntk kat krajaan pusat klu dpt ah,,begong!!!!!!

      Delete
    3. Saudara samsul. Sebab suara blog ni bersama rakan lainlah kerajaan dah umumkan perubahan . So saudar dh salah komen dan nmpk sangat bingungnya kan.

      Kami bersuara kerana rakan muda. Kalau saudara nak bodek sgt this blog not your room nk bodek. Kasihan. Awak so slow baca. Isu januari baru nak maki org awal feb.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts