ISU SAMAN PASANGAN BUKAN ISLAM: PAS AKUI PELUANG PR AKAN TERJEJAS

KUALA LUMPUR, 14 Dis - Isu saman "kelakuan kurang sopan" ke atas pasangan bukan Islam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan berkemungkinan besar akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha agung PAS itu turut mengakui tempias akan dirasai oleh PR menjelang PRU nanti.
 
"Saya tidak boleh kata langsung tidak memberikan kesan kepada pengundi bukan Islam. "Ia mungkin ada beri kesan," katanya.
 
Malah, Mustafa juga menyalahkan MCA kerana membesar-besarkan isu ini dan memberi persepsi buruk kepada PR, mengkritik akhbar harian bahasa Inggeris The Star, kerana mempunyai niat jahat terhadap parti tersebut.
 
"Ia mungkin menyebabkan timbul persepsi kurang baik kepada PR," tambah Mustafa. "Tindakan MCA ini adalah satu tindakan jahat."
 
The Star melaporkan  tentang penguatkuasa Kelantan menyaman dua pasangan bukan Islam berkhalwat baru-baru ini, jenayah di bawah undang-undang syariah, tetapi PAS dengan pantas menjelaskan ianya saman bagi kelakuan tidak senonoh.
 
MCA mengutuk tindakan oleh penguatkuasa negeri dan menuduh kerajaan PAS mengenakan hukum hudud ke atas bukan Islam.
 
Sekutu PAS seperti pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw masuk campur dalam isu itu, dan meminta kerajaan negeri untuk menjelaskan tentang saman tersebut.
 
Isu itu timbul dan menjadi apabila seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, Ong Lee Ting mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.
 
Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.
 
Walaubagaimanapun, kerajaan Kelantan menggantung peraturan-peraturan berkaitan dengan pendandan rambut dua hari lalu selepas kekecohan tersebut.

Sumber: KLPos dot com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts