AMANAT HADI : PEMUSNAH KEWARASAN PENGIKUTNYA

::Pewaris Anak Bangsa::
Astagfirullhulazim!! Allahu Akbar!!!!!! Allah Maha Berkuasa! walau 21 tahun berlalu, dengan kehendak-Nya, kepincangan Hadi terserlah! Amanat 1981 itu bukan boleh dianggap sebagi gurauan apa lagi sebagai bahan lawak!!!

Semalam, Pu3 menonton kenyataan Hadi Awang sebagai kenyataan sebiji orang yang berusaha menutup kesalahan lampau dengan senjata memperlekehkan individu yang mendedahkan keburukan dirinya. "Dia seorang cikgu sekolah! Hanya tahu mengajar ABC" - 


kenapa nak memperkecilkan individu yang membuka pekung yang sengaja ditimbulkan.. adakah hanya itu sahaja mampu diulas oleh seorang pemimpin yang telah menyesatkan ramai pengikut PAS suatu ketika dahulu. adakah hanya itu saja penjelasan yang mampu dilafazkan dengan memperkecilkan orang yang mendedahkan kebenaran?

soalan pu3, kenapa dia sebagai seorang cikgu ketika itu tidak layakkah mendedahkan kebenaran? adakah seorang guru diminda Hadi Awang hanya tahu mengajar ABC sahaja di sekolah? Kenyataan Hadi Awang malam semalam (dilaporkan dalam buletin tv3- 30hb disember 2012) bukan sahaja memperkecilkan individu yang memaklumkan perkara sebenar, malahan telah merendahkan kredibilit Guru atau Pendidik yang hanya layak mengajar ABC? ~ kepada guru-guru yang selama ini menyokong perjuangan PAS. Korang dah tahu di mana letaknya nilai korang di mata pemimpin PAS ini. Hanya sekadar mengajar ABC sahaja. Bukan sebagai sebahagian individu yang berjuang bersama mereka!

adakah jika seorang individu itu mendedahkan kebenaran keburukan PAS yang selama ini disembunyikan bekerja sebagai pembersih tandas. maka Hadi awang akan berkata " Dia hanya seorang pencuci tandas yang hanya tahu membersihkan tandas??!!!!" ia mungkin berlaku! dan sememangnya lafaz itu bakal diluahkan seperi yang berlaku malam semalam!

baca sini lagi....

Amanat Hadi jadi senjata makan tuan


Post Pic

[ULASAN] Pada 1981 'Amanat Hadi' dikeluarkan bagi menghalalkan PAS mengkafirkan seteru politiknya, Umno lantaran parti dominasi Melayu itu dikatakan mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah sebagai asas perjuangannya.
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pada ketika itu merupakan antara pemimpin pelapis PAS turut meyakinkan pengikutnya bahawa perjuangan menentang Umno adalah jihad dan mati mereka adalah syahid.
 
Seruan yang dibuat Hadi pada 7 April 1981, di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu itu benar-benar berjaya meniup semangat jihad dikalangan penyokong taksubnya, sehingga membawa kepada peristiwa Memali pada 1985.
 
Peristiwa itu menyebabkan 14 nyawa terkorban, berpuluh yang cedera dan ramai lagi ditahan pihak berkuasa.
 
Jika diperinci semula, Hadi ketika itu bertegas perang terhadap Umno mesti dilaksanakan kerana parti itu bersekongkol dengan ideologi kafir dan mengagungkan perlembagaan barat.
 
Tetapi bagaimana pula dengan PAS hari ini yang bersekongkol dengan parti dominasi Cina, DAP, yang kerap kali menguji tahap keimanan dan keterbukaan PAS terhadap dasar perjuangan mereka?
Bukan senang PAS dan DAP mahu menyulam keserasian. Banyak isu dan ideologi mereka berbeda tetapi terpaksa disisir rapi agar ia tampak kemas dan gagal dihidu seteru politik.
Dalam usaha merapikan hubungan dengan DAP, Hadi dilihat cuba mengendurkan amanat yang dibuatnya sendiri tiga dekad lalu.
 
Pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya ke-11: Formula Kemenangan", Hadi secara jelas berkata PAS membuat satu pengorbanan untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat persekutuan.
 
Hadi berkata, PAS menyedari isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud serta syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-PAS).
 
Oleh itu katanya, cukuplah sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat persekutuan.
 
Petikan ucapan Hadi di muka surat 10 daripada 13 muka surat itu juga jelas menampakkan persetujuan PAS 'menggunapakai perlembagaan yang sama' jika gagasan itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).
 
Nah! Apa sudah jadi dengan pendirian Hadi sebelum ini? Bukankah perang yang dilancar terhadap Umno sebelum ini semata-mata kerana parti itu menggunapakai perlembagaan yang sama?
 
Tidakkah sikap 'mengkarung' PAS itu amat cocok dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi:
 
“Barangsiapa memanggil seseorang dengan kafir atau mengatakan kepadanya “hai musuh Allah”, padahal tidak demikian halnya, melainkan panggilan atau perkataannya itu akan kembali kepada dirinya”. [HR Muslim 93]

sumber: Antarapos dot com

ps: Pu3 teringat pula cerita seorang guru agama yang menegur kesilapan seorang guru matapelajaran Bahasa Malayu apabila ustazah itu menyedari kesiapan guru berkenaan. Malangnya guru berkenaan enggan menerima teguran tersebut malahan berkata " apa kelas guru agama mengajar tentang bahasa melayu. setakat kenal Alif Ba ta!" walhal guru agama tersebut adalah lepasan maktab perguruan yang cemerlang dalam major pengajian agama dan  subjek alternatif bahasa Melayu. maafkan pu3 ya cikgu. pu3 bukan menfitnah tetapi cerita sebenar dan pu3 kaitkannya dengan apa yang dilakukan oleh Hadi awang 

Moral of story : cikgu tersebut dan Hadi awang KANTOI! dan Hadi awang berkata sedemikian kerana KEJAHATAN MULUTNYA SUATU KETIKA DAHULU TELAH DIDEDAHKAN OLEH SEORANG GURU! kenyataannya memperlekehkan C.N Al-Afghani itu kerana MALU dan berusaha memalukannya!

Comments

Popular Posts