PARTI APA USTAZ UNDI?

Pu3 menemui artikel ini dan merasa ia wajib dibaca dan difahami. Walaupun sekadar coretan tetapi tak dosa tau memahaminya. Pengalaman seorang pendakwah bebas berhadapan dengan kenalannya pengikut PAS
Silakan membaca coretan insan bernama ustz shuib Sulaiman

Saya pernah diundang berceramah di sebuah surau yang sekaligus merupakan markas sebuah parti pembangkang. Hasil ceramah saya di surau tersebut beberapa orang ahli parti pembangkang di situ menjadi kawan baik saya. Beberapa kali saya duduk-duduk bersantai, makan minum bersama mereka di sebuah restoran dalam Bandar Temerloh. Saya juga sudah bersedia dan sudah biasa dengan gelagat mereka yang sering meninggikan suara, menggenggam penumbuk dan kadang-kadang penumbuk itu dihentakkan ke atas meja. Saya berpegang dengan prinsip menghadapi api dengan air. Sebab itu kepada mereka saya hanya cool, bergurau serta berjenaka. Mereka juga menghormati pendirian saya, sebagai pendakwah mesti bebas daripada 'tuan' politik. Ini kerana saya pernah maklumkan kepada mereka,

'Kalau mahu berkawan kenalah hormati pendirian saya biarpun kita berada dalam kem atau pentas yang berbeza. Saya berdakwah bagi pihak Tuhan dan bukan tuan.'

Mereka tanya juga,

'Parti apa yang Ustaz undi?'

Mereka terdiam apabila saya memberi pejelasan yang saya berikan undi kepada parti yang membangunkan,
'Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur. Saya menyokong parti yang mahu mendidik masyarakat dan bukan menghukum mereka. Contohnya, anak kita sendiri mana boleh kita hukum sebelum kita didik mereka all out. Bolehkah anak kita yang tak kenal Tuhan, tak rasa takut kepada Tuhan, kita sebat dengan rotan kerana tak solat.'

Mereka bertanya kembali,

'Mana ada parti macam itu?'

Soalan mereka saya balas dengan soalan,

'Mengapa PAS tak buat parti macam itu?'

Mereka bungkam.

'Biar saya yang jawab, pertama sebab PAS tak faham ajaran Islam secara syumul. Kedua sebab PAS tak tahu prioriti yang mana wajib didahulukan dalam ajaran Islam. Ketiga, PAS ghairah sangat hendak berkuasa yang tidak akan tercapai, hingga tak sempat mendidik masyarakat. Kalau saya perlu memilih parti politik, saya akan pilih UMNO kerana mereka bersikap terbuka. Dengan orang UMNO lebih mudah berbincang, memberi buah fikiran dan berkongsi pendapat yang menyenangkan hati. Orang PAS bersikap tertitip dan lebih mudah bertengkar yang menyakitkan dan merosakan hati.

Mereka tak marah kerana apa yang saya katakan itu mereka akui kebenarannya. Tetapi mereka ajak tukar topik perbualan. Mereka bertanya,

'Menurut pendapat Ustaz kalau kita berada di Bulan, ke mana arah kiblat solat dibulan.'

Saya jawab secara mudah,

'Entah, saya pun belum sampai ke bulan. Apa yang saya tahu berpuluh orang yang diuji dengan 3G, dua, tiga orang sahaja yang layak. Lagi pun di bulan tak boleh nak tanam keledek, ubi keladi dan tak boleh nak buat kolam ikan. Elok tak usah buat semak kepala memikirkan perkara yang tak perlu. Lebih baik fikirkan bagaimana hendak penuhkan masjid dan surau di sebelah rumah kita yang memang sudah tetap arah kiblatnya. Di bumi ini masih terlalu ramai umat Islam yang tidak solat, bukan mereka kehilangan arah kiblat tetapi mereka kehilangan Tuhan.'

'Ustaz, mungkinkah naik ke bulan itu hanya satu tipu muslihat Amerika?'

Saya katakan,

'Itu satu kemungkinan. Menipu itu memang kerja Amerika. Tapi malangnya yang kita pula asyik kena tipu, pasal apa? Misalnya, mengapa dikalangan remaja kita masih terlalu ghairah agungkan hiburan popular yang merupakan budaya ciptaan Amerika? Sebabnya mereka tidak terdidik yang mengakibatkan mereka tiada kubu dan benteng penangkis dalaman iaitu iman.Dalam keadaan mereka tiada kubu penangkis dalaman, semua budaya Imported itu digalakkan serta diberi lesen halal.'

Mereka dapat modal untuk menegakkan pendirian parti,

'Inilah yang kami perjuangkan selama ini, perlunya kami berkuasa supaya kami buat undang-undang mengharamkan semua budaya imported itu.'

Mengiringi kata-kata tersebut satu penumbuk jatuh keatas meja dan bertanya,

'Betul tak, Ustaz?'

Saya menjawab beserta dengan hujah,

'Pada idea dan teorinya memang nampak betul tetapi tidak pada realiti dan praktis. Berteori memang mudah serta sedap didengar. Ingat soal yang berkaitan dengan nafsu bukan boleh dijinakkan dengan undang-undang. Tanpa alternatif, kalau PAS berkuasa dan kuat kuasakan undang-undang itu, Thailand akan sendat dengan remaja kita yang mahukan hiburan popular. Pembangunan Hadyai akan berkembang pesat hasil keuntungan industri hiburan. PAS kena sediakan alternatif, dalam waktu yang sama didik masyarakat dengan iman dan taqwa, hasilnya nanti mereka sendiri akan menolak sebarang budaya asing. Tapi nak tanam iman dalam hati manusia tidak semudah hendak pacak bendera di tepi jalan dan di atas pokok. Orang yang takut serta cintakan Tuhan sahaja yang berkesan mendatangkan rasa bertuhan dalam hati manusia.'


Ps: setuju. Pu3 pelik bebenor otak penyokong PAS yang menutup pemikiran mereka. Terlalu mengikut kata kepimpinan mereka walaupun ada yang tak logik akal. Benar dunia ni penuh dugaan. Tanpa mengetahui hal dugaan sebenar bagaimana kita mengetahui Kekuasaan Allah. Islam mengajak kita umatnya menuntut ilmu. Tak semestinya ilmu itu hanya mempelajari hukum agama semata. Di dalam Al-Quran itu sendiri terkandung pelbagai ilmu di dalamnya selain hukum Islam.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts