NIK AZIZ JADI KADI NIKAHKAN APEK & NUR EILUNIE

Ketika ini nama Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz diselimuti isu negatif hingga memburukkan namanya di seluruh Malaysia. Pun begitu, beliau bijak membersihkan namanya dengan mengambil kesempatan mahu menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.

Bagi pasangan Apek dan Nur Eilunie, seperti disorongkan batal mereka terpaksa mempersetujui memandangkan beliau Menteri Besar dan tiada siapa yang berani melawannya biarpun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex  pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey.

Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan.

Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri.

Sumber: wira kenyalang blog

Ps: nikah ni main paksa2 ker kadinya. Walau dia menteri besar sekalipun... pengantin boleh tentukan sendiri selagi ia mengikut syariah.

Persoalannya adakah dalam syariat mewajibkan pengantin terpaksa menerima tawaran dikadikan hanya kerana dia seorang pemimpin besar?

Comments

Popular Posts