DAH LAMA PAS JUAL BELI DENGAN DAP HANYA UNTUK 'KUASA' RUPANYA
Pendedahan Pisau dot net ni cukup membuktikan selama ini.. Ada urus niaga rupanya antara PAS dan DAP dalam mengekalkan hubung keluarga Pakatan Rakyat. PATUTlah PAS sentiasa MELINDUNGI DAP apa sahaja perkara dan tindakan walau maruah dan kredibiliti PAS dipijak kejam!
Memang pu3 pelik sangat . Kenapa PAS sanggup saja berlutut pada DAP. Kalau setakat bencikan UMNO... dalam suasana sentiasa maruah PAS dipijak oleh DAP. Kenapa mereka tidak keluar dari pakatan rakyat dan membentuk sendiri kumpulan parti pembangkang yang baru?????
Baca ni....
TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR.
Masihkah anda ingat sebaik saja kemenangan pakatan di Perak mereka mempunyai masaalah untuk melantik menteri besar.
DAP membantah pada waktu itu kerana wakil rakyat mereka tidak boleh menjadi calon Menteri Besar kerana undang undang tubuh negeri menetapkan Menteri Besar Perak harus seorang yang beragama Islam.
Pada ketika itu Lim Kit Siang bermati matian tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada PAS.Malah jawatankuasa eksekutif pusat DAP membantah tidak akan menerima PAS sebagai menteri besar memandangkan DAP menang DUN melebihi daripada PAS atau PKR.
Tak sampai 24jam,tiba tiba Lim Kit Siang,Ngah Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Disinilah bermulanya episod PAS dan Nizar menjadi boneka DAP di Perak. Pada malam itu berlaku perbincangan peringkat tertinggi diantara PAS dan DAP.
DAP berkeras pada mulanya untuk tidak menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak,setelah berlaku campur tangan Nik Aziz dan PAS bersetuju menerima syarat syarat yang ditetapkan oleh DAP maka Nizar secara rasmi menjadi Menteri Besar Boneka DAP Perak.
Khabarnya sebahagian daripada rundingan tersebut yang mendapat reaksi serta merta oleh Ngeh dan Nga apabila Nik Aziz menawarkan sebidang tanah yang besar di Kelantan sebagai tukaran ganti membenarkan Nizar menjadi Menteri Besar.
Dalam isu ini,bukan saja DAP dengan perlantikan Ngeh dan Nga sebagai exco kanan untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar Perak malah mereka turut mendapat habuan daripada PAS apabila Nik Aziz memberi imbuhan tanah bernilai jutaan ringgit.
Ironinya selepas Kongres DAP di Pulau Pinang,Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Pisau menerima email daripada orang kuat DAP agar mendedahkan siapakah sebenarnya Ngeh dan Nga. Mereka terlibat dengan penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.
Modus operandinya mudah, Sebuah syarikat RM2 ditubuhkan Upayapadu Plantation Sdn Bhd.Kemudian Kerajaan negeri Kelantan menganugerahkan tanah kepada syarikat ini keatas 3 penama seperti tertera didokumen dibawah. Kemudian hak milik syarikat diambil alih oleh Ngeh, Nga dan kroni DAP.
Lokasi tanah tersebut di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.
Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Ngeh & Co adalah syarikat guaman milik Ngeh Koo Ham. Dibawah adalah dokumen selepas pertukaran nama yang telah selesai.Sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30juta ringgit.
Syarat untuk Nizar menjadi lembu kepada DAP cukup besar nilainya. Selain daripada menjadi lembu DAP ,Nizar turut memberikan pulangan yang lumayan kepada Ngeh dan Nga. 11 bulan memerintah kerajaan Perak inilah hasilnya.. PAS rasuah DAP,DAP perguna PAS.Yang kaya adalah pasangan bersaudara Ngeh dan Nga.
Sumber : pisau dot net
Sekarang apa pula ulasan PAS tentang pendedahan ini.? Takkan kata ini semua FITNAH UMNO lagi?
Walaupun hanya beberapa bulan jd MB Perak . Nizar sudah korbankan hak melayu Perak dan menaikkan level cina DAp. Ada sesiapa boleh bongkar kes kontrak 999 tahun pajakan tanah yang dilakukan oleh nizar?
Andai jawatan MB Perak.. PAS korbankan tanah di Kelantan untuk diserahkan pada DAP... tak mustahil ada lagi perkara DIKORBANKAN oleh PAS untuk meneruskan perjanjian 1 KELUARGA pakatan Rakyat. Pu3 nantikan kebusukan ini dibongkar kelak. Allah Maha Kuasa. Setiap ketidakadilan yang dilakukan oleh Pakatan rakyat kini semakin banyak yang terserlah!!!! ALLAHU AKBAR!!!!
#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
Comments
Post a Comment