ANALISIS : SEBAB MELAYU MASIH BERPAUT KEPADA DAP?
Sejarah hitam penolakan dan kekalahan kesemua calon Melayu oleh perwakilan Kongres DAP baru-baru ini benar-benar telah memburukkan imej parti itu.
Rasis dan cauvinis sudah tentu melekat di dahi kepimpinan dan parti DAP itu sehinggalah ke musim pilihanraya umum tidak lama lagi. Tunku Aziz yang mengatakan perlara ini.
MiM tidak tahu bagaimana caranya untuk parti DAP memenangi dan mendekati kaum Melayu selepas ini kerana kerosakan dan penghinaan terhadap sokongan kaum Melayu telah diserlahkan di dalam DAP.
Tetapi MiM jangka kepimpinan DAP akan zip mulut mereka atau ada gag order buat sementara waktu untuk meredakan isu besar yang berlaku di Kongres DAP.
Bangsa Melayu begitu cepat lupa. Makanya, isu penolakan pemimpin Melayu DAP akan hanyut dilupakan dek peredaran masa. Kelak, isu ini tidak panas lagi dan orang Melayu kembali berpaut dan terpesona dengan wayang kulit kepimpinan DAP.
Bab 'kembali terpesona' itu mungkin berlaku dengan mudah. Hanya dengan RM100 wang insentif yang berkemungkinan besar akan diterima oleh segolongan penduduk negeri, kaum Melayu yang tidak sedar diri itu akan kembali memuja dan memuji parti cauvinis dan rasis itu.
MiM jangka 1 minggu dari sekarang, ramai yang sudah lupa dengan sejarah hitam DAP ini. Aksi memuja dan mempertahankan pemimpin-pemimpin DAP akan berlaku termasuklah media alternatif pro-pembangkang. Sedih sekali!
MiM juga percaya bahawa rakyat bukan Melayi juga kecewa dengan sikap 'terlampau menyebelahi kaum tertentu' parti DAP. Selama ini mereka berharap DAP is the real Malaysian Malaysia tetapi harapan mereka tidak tercapai.
Yang lebih menyedihkan ialah perlantikan 2 orang Melayu di dalam CEC DAP yang dianggap 'simbolik' oleh pemimpin utama DAP. Dan jika perlantikan kedua-dua mereka adalah berdasarkan kepada 'kebolehan', apakah perwakilan DAP buta mata dan hati mereka hingga tidak nampak 'kebolehan' 2 orang Melayu itu?
Come on lah.....Guan Eng.
Satu lagi kemungkinan yang menyebabkan masih ada yang berpaut dengan DAP ialah dakwaan parti itu untuk meletakkan calon Melayu di PRU13 kelak. Melayu wannabe sudah pasti terliur tergoda ingin menjadi Yang Berhormat.
Dan mereka itu akan cuba menyedapkan hati mereka dengan berkata, 'tidak mengapa, kalau aku menang, aku akan tolong Melayu dari dalam parti.' Dan begitulah kesudahan kata penyedap hati itu, parti tetap cauvinis dan rasis!
Yang menyedihkan ialah kenyataan Ahmad Ton yang turut kalah dalam pemilihan CEC DAP. Di antaranya :
"Sukar bagi DAP pada masa akan datang kalau tak dinilaikan konsep bangsa Malaysia ini.
"Cuma saya berpesan pada ahli sedia ada, kita kena kuatkan konsep Malaysian Malaysia," kata Ahmad
Malangnya, setelah 36 tahun menjadi ahli DAP, Ahmad Ton masih lagi mempersoalkan perkara fundamental parti DAP yang tidak kesampaian sehingga ke hari ini! Dan parti sedemikian rupa mimpikan Putrajaya! Memalukan!
Inilah contoh parti politik yang nampak indah di luar tetapi busuk porak-peranda dan cauvinis di dalamnya. Rakyat sudah nampak dan tentu akan menolak parti itu.
P/S : Di manakah suara BN Pulau Pinang tentang isu besar ini?
Sumber : dr MIM Blog
Sampai bilakah Melayu DAP akal mereka bawah tapak kepimpinan DAP Maha kuasa ni soal memaafkan tu ada kalanya terbaik tetapi soal maruah dipijak ni. Memaafkan bukan jalan terbaik untuk Melayu DAP. 35 tahun perjuangkan hal sama dalam DAP tapi tak dipandang oleh kepimpinan yang dipangkah.. adakah 10 tahun akan datang ia masih dimaafkan.????? Bodoh sungguh!!!!!
Comments
Post a Comment