LIM KIT SIANG THE POWER MAN DAP!!!!!!

- Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan jawatan Setiausaha Agung DAP yang kini disandang oleh Lim Guan Eng begitu dominan dan amat berkuasa. Atas sebab itu katanya, segala cadangan yang dibuat oleh Guan Eng termasuk penentuan jawatan di dalam parti tidak boleh dibangkang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) atau mana-mana pemimpin parti.

Malah, beliau sendiri ketika mula-mula menyertai DAP pernah diingatkan oleh seorang senior di dalam parti itu bahawa pihak-pihak yang menentang sebarang cadangan Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang akan gelap masa depan mereka.

 ''Saya tidak nafikan ada perbincangan dibuat Guan Eng dengan barisan kepimpinan yang lain sebelum sesuatu lantikan. Namun, segala cadangan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang ini, pasti akan terlaksana dan tidak boleh ditolak.

Sumber : sejarah melayu blog

Pu3 agak confius dengan kaedah susunan jawatankuasa yang disusun selepas pemilihan CEC DAP ni. Seolah main lompat getah. Boleh suka hati letak siapa jadi pengerusi walau jumlah undian no 3 tertinggi. Dan setiausaha Agung pula top 1.

Apabila difikirkan semula. Pendapat Tunku Aziz ni ada relevannya. Jawatan Setiausaha inilah yang memiliki kuasa terbesar dalam DAP. Walau pengerusi kata sesuatu andai Setiausaha Agung tak lepaskan. Tk jadilah keputusan tu. Eloklah tu.

Kata demokrasi. Demokrasi kepala otak mereka je. Masa undian kira demokrasilah. Semasa keputusan atau susunan mahupun kenyataan. Tak LULUS kata bos DAP jangan haraplah.

Orang Melayu masih nak kata DAP parti membela keadilan? Malaysian Malaysian? Tak nampakpun !!!!

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati

Comments

Popular Posts