DAP ADA BERANI TAK PECAT NGEH DAN NGA???

memandangkan isu pemilikan tanah di Kelantan yang bernilai 30 juta tersebut. DaP umpama cacing kepanasan. Apa tidaknya!!!! Cakap tak serupa bikin. Kata nak bantu rakyat. Tetapi terbongkarnya pemilikan tanah tersebut membuktikan DAP sentiasa curi peluang memeras harta untuk poket mereka sendiri!!!

Baca sini....
LIM GUAN ENG PECAT NGEH KOO HAM DANG NGA KOR MING TUTUP SKANDAL ISU RASUAH TANAH KELANTAN !!!

Sudah menjadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang sama ada dari DAP, PAS ataupun PKR untuk bercakap soal ketelusan dan mendabik dada mendakwa diri mereka anti rasuah dan menentang salah guna kuasa serta penyelewengan.

Namun sebagaimana biasa sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik sebegini untuk menjadi politikus paling hipokrit, hanya nampak putih dari luar tapi bila dilihat isi dalamnya warna hitam pekat pula yang kelihatan.

Inilah yang terjadi dalam isu penganugerahan tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kini dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min.

Daripada keluasan tanah 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar itu dianggarkan 9,000 ekar daripanya masih lagi memiliki khazanah kayu balak yang bernilai puluhan juta ringgit.

Bermakna selain berpeluang menjadi pemilik tanah itu selama lebih 50 tahun secara pajakan, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min juga bakal menambah lagi kekayaan mereka dengan hasil kekayaan bumi Kelantan melalui aktiviti pembalakan.

Dulu dalam tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300,000 ekar dipindah milik secara pajakan kepada orang luar dari Singapura, kini tanah seluas 10,526 ekar berpindah milik pula kepada pemimpin Cina DAP.

Agaknya PAS sememangnya lahir untuk hanya menghancurkan harta pusaka yang diamanahkan rakyat barangkali, balik-balik hanya pandai gadai, pajak dan jual tanah sambil menebang kayu balak. 

Memanjang saja terlibat dengan skandal tanah dan balak.

Anak pribumi Kelantan serta Orang Asli yang bertahun-tahun meneroka tanah-tanah tersebut untuk mencari sesuap nasi pula dipinggirkan daripada mendapat peluang memiliki tanah. 

Entah apa jenis negeri kebajikan yang PAS sedang perjuangkan tak tahulah, yang pastinya ia menepati pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".

Selama ini para pemimpin DAP serta ramai pemimpin PAS dan PKR senantiasa sibuk menabur propaganda kononnya para pemimpin BN paling korup dan menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan kroni dan keluarga.

Alih-alih apa yang sedang terbentang depan mata rakyat sekarang rupanya pemimpin PR sendiri yang terkehadapan dalam mempelahap harta kekayaan yang diamanahkan oleh rakyat.

Deklarasi PR di Shah Alam yang ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah kononnya pemimpin PR tidak akan mengambil kesempatan memperolehi tanah-tanah untuk kepentingan diri, kroni dan keluarga akhirnya terbukti hanya omong kosong sahaja.

Paling penting tanah seluas 10,526 ekar yang kini telah menjadi milik Koh Ham dan Kor Min berlaku selang beberapa jangka waktu selepas PAS terhutang budi dengan DAP berikutan sokongannya terhadap pemimpin PAS sebagai MB Perak.

Skandal tanah ini merupakan antara yang terbesar dalam abad milenium ini dan tentu sahaja menuntut tindakan konkrit daripada pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP untuk segera bertindak sewajarnya.

Persoalannya sekarang, beranikah DAP memecat pemimpinnya sendiri demi memulihkan semula air mukanya disamping mengembalikan kepercayaan penyokong PR bahawa DAP dan gabungan longgar parti-parti pembangkang itu serius untuk memperjuangkan ketelusan dan anti rasuah ???

Jenuhlah menantikan tindakan sedemikian, lagipun kalau DAP berani memecat Koh Ham serta sepupunya itu demi mengurangkan impak negatif terhadap parti tiada ruginya kepada kedua-dua pemimpin DAP yang bersaudara itu.

Tanah beribu ekar sudah dapat, kayu balak pun dapat rembat. 

Pula tu selama lebih 50 tahun ke hadapan masih lagi boleh senyum lebar, tidur atas tilam wang berpuluh juta ringgit hasil dari kekayaan bumi Kelantan, tak gitu ???

Sumber :Info 4 The Truth blog

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK

Comments

Popular Posts