TERLUPA ATAU SENGAJA BUAT GEMPAK LIM GUAN ENG NI???


Lim Guan Eng Cabar Keputusan Majlis Fatwa....? Hmmmm awal pagi dah buat pu3 tersengih lebar. Bukan kerana ketetapan yang diputuskan oleh majlis Fatwa Kebangsaan melainkan apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

Bayangkan... keputusan dibuat semasa menjadi Ketua Menteri pulau pinang. Telah dilulusnya berkaitan perkataan yang hanya dibenarkan digunakan oleh orang Islam... tiba-tiba kerana terdesak nak dapatkan sokongan bukan Islam... boleh TERLUPA?????

Baca sini.....

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.

"Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum," katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

"Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

"Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan," katanya.

Sumber: SINARHARIAN.

agaknya daya ingatan Lim Guan Eng mempunyai masalah ingatan. 40 patah perkataan yang telah diluluskan hanya boleh digunakan oleh orang Islan di Pulau Pinang tu pun dia susah nak ingat kot.

Pu3 cadangkan setiausaha Ketua Menteri si zairil tu.. sila letakkan memo atau nota untuk your bos. Bg dia refreash sikit 40 patah perkataan tu. Jangan dok kipas sahaja sambil mengampu. Tarak guna wooooo... zaman tunduk ekor bos dah berlalu.

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati

Comments

Popular Posts