ADAKAH HANYA PEREMPUAN SAHAJA JARANG MENANGIS KERANA TUHAN YA USZ AZHAR IDRUS?????

Tersentap baca status ust menjadi kegilaan orang ni. Perempuan banyak menangis kerana lelaki tetapi jarang menangis kerana Tuhan? Maksudnya??????

Kenapa nak letakkan status sedemikian? Adakah dia sebagai lelaki pula sentiasa menangis kerana Tuhan ?

Sebagai seorang perempuan. Pernyataan ini sangat BIAS. Kenapa harus dituding semata perempuan sahaja? Bukankah adalah lebih elok kalau dikatakan "manusia sering menangis kerana kecintaan duniawi sesama manusia jika dibandingkan menangis kerana Allah swt"

Ia lebih adil dan tidak memberat salahkan pada kaum hawa semata!!!!

Bukankah Islam itu sendiri sudah menetapkan agar bersikap adil. Kerana adil itu sebagai sikap mutlak tidak menunjukkan kecondongan ke arah berat sebelah. tiada berbentuk diskriminasi

"Sesungguhnya Allah swt menyuruh berlaku adil dan berbuat baik" -surah An-Nabl:90

Comments

Popular Posts