KENYATAAN TERKINI PDRM TENTANG ISU PERGADUHAN DI SG PETANI

Semalam berlaku kekecohan di laman sosial Facebook dan juga blog yang mengatakan berlaku pergaduhan diantara kaum India dan juga Melayu  di Sungai Petani Kedah.

Berikutan dengan kekalutan yang ditimbulkan, Timbalan Ketua Polis Kedah iaitu YDH SAC Dato Abdul Ghaffar bin Rajab telah mengadakan satu sidang akhbar di IPD Kuala Muda bagi menjelaskan perkara sebenar.

Menurut beliau, memang ada pergaduhan antara beberapa pemuda melayu dan pemuda india yang berlaku dikawasan berkenaan pada awal pagi 16/12/2012 yang lalu.

Namun keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah kuala muda adalah selamat dan terkawal serta kesemua yang terbabit di dalam kes tersebut telah ditangkap (seramai 13 orang terdiri dari melayu dan india ).

5 orang diberitakan telah cedera didalam pergaduhan berkenaan dan mangsa yang cedera juga telah dirawat dan hanya tinggal seorang sahaja yang masih mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.
Menurut Datuk Abdul Ghaffar, ekoran insiden tersebut, pihak PDRM telah mengambil tindakan awal dengan menempatkan kawalan keselamatan seperti FRU, LSF, MPV,  JSJ, Narkotik, SB serta melakukan sekatan jalan di semua lokasi di dalam daerah Kuala Muda bagi menjamin keselamatan orang awam khususnya.

Ps: pu3 kesal dengan fiil segelintir pengamal media sosial ni spesies "surat berantai" . Tak tau hujung pangkal tak menggunakan akak dan kelebihan search info di hujung jari... cepat sangat nak update status konon tahu bebenor berita panas tanpa menyelidik sejauhmana ketulenan maklumat tersebut.

Nak balun orang bukan seperjuanganpun kenalah tunjukkan kematangan akal lah. Bukan menang anugerah siapa terpantas update status maklumat. Kalau tepat tahniah. Yang auta tu korang elok minta maaf sebab mengeruhkan keadaan. Malahan boleh disabit dah akta hasutan kerana tindakan yang cenderung kepada mengajak berlaku pergaduhan.

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati

Comments

Popular Posts