SIAPA PAS NAK TENTUKAN DAP IKUT BINCANG????


kasihan pu3 tengok semasa Setiausaha PAS membuat kenyataan mengulas keputusan konvensyen DAP yang kekal mempertahankan bahawa Anwar Ibrahin menjadi Perdana Menteri setelah Pakatan Rakyat perolehi kemenangan pada PRU 13 Kelak

Tak payahlah kata bahawa keputusan bergantung selepas PRU 13 ! Dah jelas DAP menolak terang-terang keputusan Muktamar PAS bulan lepas. Tak sedikitpun dimasukkan perkataan akan membincangkan kedudukan siapa yang dipersetujui kelak.

Seperkara lagi. Takker PAS tergugat dengan keputusan DAP menambah kerusi untuk PRU 13 menandakan bahawa PAS berpotensi dikurangkan kerusi sama ada DUN  mahupun PARLIMEN? Nak kata lagi DAP akan ikut kata PAS tentang soal perjuangan Islam?

Come on lah PAS! Sampai bila kepimpinan PAS redha diperkudakan DAP ni? Takkan tak boleh baca agenda DAP sebenarnya jangankan Hj Hadi Awang. Anwar Ibrahim sekalipun tak akan dibenarkan menduduki kerusi Perdana Menteri kelak. Alasan paling jelas... DAP memiliki kerusi paling banyak dalam Pakatan Rakyat. So keputusan akan dimiliki okeh DAP.

Sekarang ini... suara DAP hanyalah IKLAN memujuk untuk diterima pandangan dan diberi sokongan bagi mereka mencapai agenda mereka sebenar! KERUSI PERDANA MENTERI MILIK BUKAN MELAYU
Tak percaya? Tengok je pemilihan Jawatankuasa Exsekutif DAP semalam. 7 calon dari orang melayu semua kecundang!!! Ertinya... ada tempatker Melayu dalam DAP ni?

Wahai kepimpinan PAS. Siapa kamu di mata DAP ? Suara kamu didengar terimakah?

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati

Comments

Popular Posts