KENAPA PEMIMPIN ATASAN PAKATAN TIDAK HADIR KE KONVENSYEN DAP?

Kongres DAP yang berlangsung sekarang di Pulau Pinang sudah banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan mungkin menimbulkan ketidakpuashatian rakan-rakan DAP di dalam Pakatan haram pembangkang.

Ketidakhadiran pemimpin-pemimpin tertinggi parti PAS dan PKR! Laporan mengatakan bahawa Mahfuz Omar dan Mansor Othman merupakan pemimpin tertinggi PAS dan PKR yang hadir. Benarkah? Dimanakah pemimpin-pemimpin pakatan yang lain?

Ketidakhadiran mereka itu sudah tentu menimbulkan persoalan besar kerana Kongres DAP ini merupakan yang terakhir sebelum PRU13 dan solidariti sesama parti perlu ditunjukkan tetapi mereka tidak berbuat demikian.

Maka, banyak spekulasi yang timbul, entah benar atau tidak. Di antaranya ialah ketidakhadiran pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan PKR itu dilihat sebagai mesej bahawa mereka kononnya tidak terlalu mengharapkan atau bergantung kepada parti DAP itu.

Jika mereka hadir, nampak sangat pergantungan mereka kepada parti DAP. Kata mudah, nak jual mahal.

Persoalannya, apakah pemimpin-pemimpin DAP peduli dengan spekulasi ini?

Nampaknya tidak kerana Lim Guan Eng DAP telah menggunakan platform ucaptama beliau semasa Kongres DAP itu untuk menuntut lebih banyak kerusi iaitu 3 kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN di Semenanjung, tidak termasuk Sabah dan Sarawak!

Matematik mudah, jika DAP mahu tambahan kerusi, apakah ianya bermaksud bahawa PAS dan PKR terpaksa tunduk dan memberikan kerusi mereka kepada DAP?

Apakah ada percaturan kerusi yang lain?

Dan apabila Guan Eng bercakap, "DAP berharap kesetiaan kami diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada PRU nanti", apakah PAS dan PKR tidak sesetia parti DAP?

Apakah DAP sahaja yang layak menerima lebih banyak kerusi?

PAS tidak layak?

PKR tidak layak?

Atau ianya sekadar ke cocky an pemimpin itu?

Apa pun, kenyataan di atas akan menimbulkan pergeseran di dalam Pakatan pembangkang.

Antara Pos melaporkan berita yang menarik tentang tuntutan terbaru DAP itu. Di antaranya :
Adalah difahamkan bahawa kerusi-kerusi tambahan yang dituntut oleh Guan Eng adalah untuk membolehkan parti itu meletakkan calon-calon Melayu tanpa melepaskan kerusi untuk calon-calonnya yang berbangsa Cina dan India.

Hasrat parti itu untuk menampilkan calon-calon Melayu bagi menarik undi Melayu disambut suram oleh PKR dan PAS yang banyak bergantung kepada undi Melayu.
Kenyataan di atas mungkin ada benarnya kerana beberapa orang Melayu telah menyertai parti DAP dan diberikan jawatan.

MiM juga difahamkan bahawa beberapa pemimpin muda Melayu yang berkaliber juga akan ditarik masuk menjelang PRU13 nanti. Hanya masa yang menentukan kebenaran berita ini.

Tetapi kita semua pendedahan Naib Pengerusinya Tunku Aziz Ibrahim yang telah memalukan Lim  Guan Eng dan DAP.

Tunku Aziz mendedahkan sikap Guan Eng DAP yang biadap dan tidak boleh dipercayai. Dan sehingga sekarang, Guan Eng tidak melakukan apa-apa untuk membersihkan nama beliau yang didakwa biadap dan tidak boleh dipercayai.

Malah, Mansor Othman yang hadir di Kongres DAP itu juga telah mendedahkan sikap Guan Eng DAP yang cocky dan arrogant, satu lagi serangan peribadi yang pasti memalukan Guan Eng!

Dan anak Kit Siang itu tidak dapat melakukan apa-apa terhadap Tunku Aziz dan Mansor Othman! Kesihan!

Sumber: dr MIM blog

Nampak sangat mereka ni hanya akan nampak beesama2 andai liputan media yang banyak. Namun dalam keadaan begini dan tertutup. Itulah cerita sebenar dalam pakatan rakyat

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati

Comments

Popular Posts