KP1M: PALESTIN KAGUM DENGAN SUMBANGAN & KEPRIHATINAN MALAYSIA

Keprihatinan dan sumbangan Malaysia menerusi Misi Kemanusan di Gaza dikagumi rakyat Palestin serta beberapa Negara Islam di Timur Tengah.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan dari rakan Luar Negara.

"Kita telah dijaga baik oleh rakyat Palestin malah mereka memang kagum dengan sikap dan keperhatinan rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin.

"Selain empat NGO (badan Bukan Kerajaan), terdapat orang persendirian dari Malaysia yang sanggup ke Gaza untuk menghulurkan bantuan. Mereka menghargai sumbangan dan sokongan moral kita," katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) bersama pasukan sukarelawan malam tadi.
 
Abdul Azeez turut menyampaikan salam Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menjemput Perdana Menteri Malaysia itu mengadakan lawatan ke Negara berkenaan.

"Beliau meminta saya menyampaikan salam kepada Perdana Menteri dan menjemput beliau datang ke Gaza pada bulan Januari nanti.

"Mereka mahu Perdana Menteri memberi sokongan moral kepada umat Islam di Palestin,"  jelasnya.
 
Sebelum itu, Datuk Abdul Azeez telah menerima watikah perlantikan sebagai duta kehormat Palestin oleh Kerajaan Hamas yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Luar Hamas, Mahmoud El-Hadour.

Beliau turut bersyukur perlaksanaan Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin KP1M yang disertai 57 sukarelawan terdiri daripada doktor, paramedik dan media berjaya mencapai objektif menyalurkan bantuan kepada penduduk Negara tersebut.

Wartawan KLPOS merupakan antara sukarelawan yang menyertai Misi berkenaan.
 
Sumber: KLPos Dot Com

Ps: tahniah kepada semua sukarelawan Malaysia yang ikhlas membantu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts