TIADA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PKR!

Tindakan memecat ketua cabang beserta beberapa penjawat dalam kawasan tersebut hanya kerana menyuarakan hak mereka untuk penjelasan isu harta azmin ali jelas membuktikan bahawa PKR parti penipu rakyat. Laung bagai rak kata menuntut hak kebebasan bersuara.. Kononnyalah tetapi perkara ini tidak diamalkan sendiri dalam PKR! Cakap tak serupa bikin!

PKR atau sinonimnya disebut Keadilan adalah parti politik anak beranak dan kroni ini, memang lembut lidah bak menanam tebu di mulut.
Disaat mulut melaungkan memberi ruang kepada anak muda, anak muda juga yang dibelasah setengah mati di Stadium Kuala Selangor tempoh hari. Disaat laungan hak kebebasan bersuara, apa saja akan dilakukan untuk tutup kisah benar dari terungkap dan terselak.

Banyak contoh kalau nak disebut tapi, aku akan sebut beberapa insiden yang berlaku dalam waktu terdekat ini. Ingat lagi kes Latefa Koyak Rabak yang meroyan tengah padang saat anak-anak comel kita sedang menjalani latihan bola ?

Kes Belia Wawasan dibelasah menyuarakan protes kepada mereka saat Kit Siang malam berucap, masih tak korang ? Nalla diugut bunuh dan macam-macam lagi kerana kini Anwar cukup takutkan suara Nalla bergema di Mahkamah !
Hassan Ali dipecat kerana menyuarakan pendapatnya berdasarkan Islam tatkala menghalang Umat berhimpun demonstrasi menyokong si peliwat. Paling latest pula, demi nak selamatkan anak emas Anwar, Zuraida berlagak hero cuba coverline dengan memecat Ketua Penerangan PKR Ampang.

Nampaknya, saat kehancuran PKR di Ampang telah tiba waktunya dan akan merebak lagi melainkan jika Azmin Ali tampil buat penjelasan ! Mampukah Azmin menjelaskan satu persatu termasuk membuat ujian DNA antara Azmin - Afifah - Anwar ???

Berikut article dari AIDC;

Mohd Isa Mohd Saidi Ketua Penerangan PKR Ampang dipecat serta merta selepas mendesak Azmin Ali memberi penjelasan berkenaan kes moral yang membabitkan dirinya.

Dalam kenyataannya kepada Sinar Harian hari ini, Mohd Isa berkata beliau menerima surat pemecatan dari Ketua PKR Cabang Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang dikirim melalui pos ke rumahnya.

"Sebenarnya, dia (Zuraidah) baru beri surat pemecatan kepada saya sebagai Ketua Penerangan (dengan notis pemecatan) 24 jam. Bukan sebelum ini dipecat, tapi baru ini dipecat.

"Saya balik rumah jam 3 petang tadi (semalam). Ada surat itu dipeti surat yang dikeluarkan sebab kenyataan minta Azmin keluar parti, bukan kerana kes sebelum ini", katanya.

Mohd Isa juga mengakui bukan sahaja beliau, malah separuh daripada jawatankuasa cabang Ampang dipecat sejak Zuraidah memegang jawatan ketua di kawasan tersebut.

"Dia suka buang orang. Kalau orang bertanya atau bersuara pun salah bagi dia. Tak boleh bertanya itu, ini, kena ikut apa sahaja parti buat."

"Sebenarnya, dekat separuh jawatankuasa cabang Ampang dibuang sejak dia memegang jawatan di situ", katanya.

Mohd Isa turut menafikan dakwaan Zuraidah yang menuduhnya sebagai seorang yang terlibat dalam jenayah pecah amanah dan muflis.

Katanya tuduhan itu merupakan satu pembohongan dan menggesa Zuraidah mengemukakan bukti-bukti terhadap semua tuduhan kepadanya itu.

Katanya lagi, dua laporan polis yang didakwa Zuraidah itu adalah palsu dan sengaja diada-adakan untuk memburuk-burukkan dirinya.

Selain Mohd Isa, Naib Ketua Keadilan Cabang Ampang, Tan Hua Meng yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang turut hadir bersama-sama dalam sidang media tersebut juga turut dipecat oleh Zuraidah.

Sementara itu, Mohd Isa dalam kenyataannya di Utusan Malaysia kesal dengan tindakan Azmin yang enggan memberi penjelasan berkenaan isu tersebut sebaliknya menuduhnya sebagai golongan buta dan tuli.

Katanya, Azmin tidak pernah menjelaskan segala dakwaan berkaitan dengan pembelian saham bernilai jutaan ringgit, isu kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin serta kesahihan nasab biologi salah seorang ahli keluarganya kepada akar umbi.

"Saya berasa sangat kesal dengan jawapan Azmin sedangkan ahli-ahli akar umbi dan rakyat keseluruhannya ingin tahu dan mahukan penjelasan. Kalau kita di pihak benar, apa masalahnya buat penjelasan berulang kali ?"

"Kalau Azmin kata dia sudah jelaskan, kami mahu dia tampil jelaskan lagi, sebab kami tidak pernah tahu ada penjelasan terhadap segala dakwaan yang dibangkit, ini soal kepercayaan rakyat dan soal intergriti", katanya.

Semalam, Mohd Isa mengetahui PKR Cabang Ampang mendesak Azmin menjawab segala dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya dan isterinya atau meninggalkan parti berkenaan jika enggan berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.

Antara dakwaan yang dikaitkan ke atas Azmin adalah mengenai dari mana datangnya wang Shamsidar membuat transaksi pembelian saham bernilai RM2 juta dari tahun 1992-1994, sedangkan dalam tempoh itu suaminya, Azmin hanya seorang penjawat awam dengan gaji sekitar RM3,000 sebulan.

Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau, Shamsidar serta iparnya memiliki akaun saham bernilai RM8 juta, selain didesak menyahut cabaran beberapa pihak menentukan kesahihan nasab biologi salah seorang ahli keluarganya.

Begitulah article dari AIDC.

Apa kata kita ingat balik apa yang terjadi dalam lipatan sejarah sebelum ini ketika Anwar menjadi TPM.

Ketika kisah "sulit" dan "songsang" Anwar mula tersebar, Anwar akan dengan sedaya upaya menggunakan kuasa yang ada untuk mendiamkan saksi-saksi yang ada. Pasti tak akan lupa bagaimana Anwar "diamkan" Ummi Hafilda.

Kini, pada pendapat aku tiada sebarang perbezaan pun walaupun Anwar bukan lagi TPM jauh sekali la nak pegang jawatan PM !

Nalla mendapat ugutan bunuh jika buka mulut cerita Anwar, sahabat Nalla juga diserang malah laporan polis, bukti dan saksi juga ada !

Kini, Azmin Ali punya kes, memecat ahli sendiri supaya tiada cerita benar yang terselak. Al maklumlah, dah sekat sangat PRU ni !

Sekiranya ianya hanya melibatkan Azmin, pasti Zuraidah tak akan menggelupur nak pecat Mohd Isa. Memandangkan ianya akan mengheret Anwar (wanna-be PM), maka Mak Lampir perlu jadi Hero dalam kes ini !

Cuba korang fikir lah sendiri, kalau semua perkara ini tidak benar dan hanyalah satu fitnah jahat terhadap Anwar, Azmin, Shamsidar dan Afifah.... KENAPA PERLU MEREKA TAKUT DAN MENGGELUPUR ???

Logik ke orang yang tak bersalah rasa takut menggelupur sampai terpaksa pecat ahli sendiri demi mengharapkan rahsia tertutup selamanya ???

Beb, ni cerita maruah satu keluarga ! Maruah manusia (ye ke manusia?) yang berangan nak memimpin Malaysia maknanya nak jadi pemimpin kita la !

Kalau korang kat tempat Azmin, Anwar, Shamsidar atau Afifah... Korang akan buat apa ???

Apa yang korang akan buat jika tuduhan-tuduhan itu dilempar kepada korang ???

Korang pun tahu maksud aku kan..

Jadi ini bukanlah sesuatu yang perlu difikirkan kerana terlalu mudah tetapi..... Renung-renungkanlah !!!

Comments

  1. anwar laaa yg suruh pecat tuuuu..
    ...sbb dah hati kekasih dia tersentak......tu nanti nak kata UMNO la yg terlibat.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts