ATUK DAPAT SI DARA

Teluk Intan- Duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit. 

Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja bergelar isteri, malah ibu, nenek dan moyang 'segera', sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya, namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83, sebagai suami.

Aminah berkata, masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia warga emas sekarang, namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin. 

Dia mengakui mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.

"Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga.

"Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilah jodoh," katanya yang ditemui pada majlis perkahwinannya, semalam. 

Sementara itu, Shahrin berkata, dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi di Kampung Balun, Slim River pertengahan Februari lalu, membawa kepada perkahwinan.

Menurutnya, ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumah tangga awal bulan lalu. - myMetro

P/s: dah nama jodoh dan ianya melalui proses sah diijab kabulkan. Alhamdulillah. Dapat restu keluarga pula tu. Itu yang paling penting. Tak macam seorang atuk yang tak sedar diri. Dahler umur dimudakan, masa sayang kaw-kaw ajak kahwiin lari. Sekarang... Si isteri kena berkongsi madu bukan je china doll.. Jantan terunapun ada. Hahahahahaha

Comments

Popular Posts