CAKAP TAK BENAR APA LAGI TINDAKAN.. JANJI GULA-GULA JE!

Pu3 ada dengar kehadiran timbalan presiden PKR ke Sabah. Kembalinyapun diumumkan melalui twitternya. (Malas nak shoot tweet dia kali ni. Menyemakkan memory heheheheh...) Rajin bebenor suami shamsidar ni merayau-rayau keluar kawasannya.

Pssstttt... Mengubat hati tercalar ker ? Setelah bertahun-tahun baru menyedari berkongsi isteri? Selain berkongsi rasa hati? Heheheheheh lantak awakler Azmin. Bukan takat dayus dah tahap awak ni, ntah dah tak ada istilah yang lebih terperinci menggambarkan tahap keterukan awak dengan masalah 'hubungan' isteri dan Anwar

Berbalik cerita warung kopi yang pu3 terima dari individu yang hadir semasa himpunan PKR di kg Limbawang, Beaufort. Mengikut informer yang pu3 perolehi.. Lebih kurang 150 (seratus lima puluh - sengaja pu3 bubuh angka , yeler biasanya Pakatan ni suka bebenor menggunakan teori GANDAAN ANGKA dan mempunya masalah rabun yang kronik. Pembalik penglihatan 1 org jadi 10 orang) orang yang hadir semasa sesi ceramah. Boleh tahan dah tu. Atas pentas kecil ( bayangkan balai raya ala-ala bangsal) kira penuh juga tu.

Apa yang nak pu3 ceritakan. Individu yang hadir tu berceritalah. " Babal jua si azmin ani. Mula-mula bepadah ndak kan berkurapak yang ndak bisai-bisai". -(terjemahan- bodoh juga si azmin ni. Mula-mula memberitahu, tidak mahu bercakap perkara yang tidak elok.)

"Mun berkurapak janji nganya.. Bisai jua didangar. Sekali bebunyi. Adeh.. Yang ndak-ndak jua dipadahkannya. " (Terjemahan- kalau bercakap soal janji sahaja. Sedap juga didengar. Aduh... Cerita yang bukan-bukan juga yang diperkatakan)

Pu3 tanyalah, apa cerita yang tak elok tu.
" Ani tah dang. Dipadahkannya.. PM ani sandi bah buatannya. Ndak bisai jua mengelimut ni dang. Tapi memang ndak bisailah. Habis bah yang ndak bisai pasal BN Sabah, semenanjung. " - ( terjemahan - begini dang. Diberitahu PM ni teruk pembawaannya. Tak elok juga mengumpat orang ni, dang. Tapi memang tidak eloklah yang diceritakan pasal BN Sabah , semenanjung)

Pu3 tanya lagi. Kali ni pu3 saja nak menguji di mana posisi dia. Soalan cepucemas. "...... Setujukah Pembangkang memerintah?"

" Adui nah dang. Kalau ani tah orang yang jadi ketua kita ni. Biar tah mati aku dahulu.!"( Terjemahan: Aduh Dang, kalau orang begini jadi pemimpin kita. Biarlah aku mati dulu)

P/s: azmin, anwar, wan azizah, karpal singh sesiapa sahaja dalam pakatan pembangkang ni. Banyak je cakapnya. Tap semua tak serupa bikin. Pu3 sengaja kongsikan perbualan pu3 dengan individu tersebut. Walau singkat tapi ia bermakna.
- individu tu sengaja dirahsiakan. tulisan pu3 tak akan gambarkan dia perempuan atau lelaki. Tak pasal-pasal datang samseng mengerjakan dia pula kalau didedahkan. Sekian terima kasih cerita kedai kopi.

Comments

Popular Posts