NIZAR JILAT LUDAHNYA

Apabila MB Perak mendedahkan penglibatan Nizar semasa beliau menjadi MB perak disember 2008 dulu. Terkedu dan tunduk seolah-olah menerima bahawa apa yang dibaca adalah benar. Walaupun, ketika itu ADUN pakatan pembangkang bersorak membuat penafian. Bukti ditunjukkan jelas, ditandatangani oleh. YB Nizar kala itu.

Kata ir jebat modern: Siri kemunafikan Pas terbongkar lagi bila tindakan bekas MB Perak yg pernah menganjurkan DUN bawah pokok itu, Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila didapati beliau sendiri lah sebenarnya yg menandatangani surat menyokong projek itu.

Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yg menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.

Pengakuan ADUN Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan2 beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan.

P/s: kejahatan akan tertonjol walau disembunyikan sedalam manapun.

Comments

Popular Posts