2 MINGGU DIBERI JAWAB ISU BAYAN MUTIARA
"Rakyat cuma nak tahu ada atau tidak… tapak masjid sudah hilang, belum. Kalau ada (tapak masjid) syukur Alhamdulillah. Tapi, kalau tidak ada, UMNO Pulau Pinang tidak akan kompromi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Malaysia di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata kerajaan negeri seharusnya menitikberatkan kehendak rakyat dalam melaksanakan sesuatu pembangunan selain mengambil kira keseimbangan kerohanian dan riadah.
"Kita kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Kalau mandat oleh rakyat kita kena seimbang semua agama, semua kaum. Kalau ada masjid dulu lima ekar, sekarang ni lima ekar untuk masjid, 97 ekar lagi binalah pembangunan dan perumahan. Tapak sekolah untuk penduduk di situ juga perlu disediakan," katanya.
Mengulas hasrat Lim untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berhubung isu itu, beliau berkata langkah itu tidak menggambarkan demokrasi.
Zainal Abidin berkata sebagai pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi, Lim seharusnya bersifat terbuka dengan menjawab segala persoalan secara profesional sebagai Ketua Menteri, dan bukan melihat perkara itu sebagai serangan peribadi.
Kontroversi Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri bersetuju menjual tanah seluas 41.5 hektar kepada pemaju persendirian, Ivory Properties, dengan harga RM1.07 bilion. Tanah itu dianggap amat bernilai dan lokasinya adalah strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment