GOLONGAN MUDA RAMPAS KEMBALI SELANGOR

Daripada melalak macam tak berakal. Berarak tak menentu, menyesakkan pemandangan. Lebih baik berkumpul dan bersantai. Demikianlah matlamat program yang dilancarkan oleh UMNO selangor semalam.

Untuk ikuti ceritanya, jom baca artikel di bawah ini :

Dalam usaha mendekati golongan muda, BN Selangor melancarkan "Ops Kibar dan Santai Orang Muda" yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung
minggu.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan Umno Selangor di Seksyen 14 di sini.

Menerusi program, itu, katanya, belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak.

"Program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang, katanya kepada pemberita ketika melancarkan program itu di Shah Alam, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi era 80-an Poe mendendangkan beberapa lagu berbentuk humor dan sindiran manakala Mohd Zin pula mendeklamasikan sebuah sajak.
Sumber : sangkakalajari

JOM GEMPUR!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts