CAKAP JE KUALITI PENDIDIKAN, TETAPI DIA SEBALIKNYA!!!!

April menjengah lagi. Semasa pu3 masih dalam alam persekolahan menengah. 1sh April paling menyeronokkan, melawakkan, menggeramkan , nak marah terpaksa tahan dek mengerjakan dan dikerjakan kawan dengan tujuan hiburan. Malahan guru-guru juga tidak kurang hebat menyakat kami, so sentiasa bersiap siaga menghadapi serangan humor! APRIL FOOL. Tetapi hari ini, pu3 nak kongsi 1 perkara yang lawak tetapi tidak melucukan.

Yap Sin Tian, Pengerusi Don Jzong yang menganjurkan demonstrasi 325 yang hampir-hampir mencederakan Timbalan Menteri Pendidikan, Wee Ka Siong setelahnya menjemputnya ke majlis tersebut, rupa-rupanya adalah seorang pengelat dan penipu!

Blog STOP THE LIES mendedahkan bagaimana Pengerusi Don Zong itu sebenarnya membeli kesarjanaannya menerusi Internet.

Universiti yang menganugerahkan Doktorat kepadanya ternyata sebuah rumah kedai tanpa sebarang bilik kelas!

Lawaknya!

Orang yang paling lantang bercakap tentang kualiti pembelajaran dan pendidikan Cina di negara ini, rupa-rupanya adalah seorang yang tidak berkualiti langsung. Sudahlah hidupnya menumpang glamour dengan cerita-cerita hebat tentang pendidikan Cina, rupa-rupanya dia sendiri bukanlah seorang yang berkualiti.

Nak tahu selanjutnya, klik di sini : http://theflyingkick.blogspot.com/2012/03/banyak-cakap-pasal-kualiti-pendidikan.html

Pu3 anggap species begini sama juga tin berkarat yang bunyinya memang kuat tetapi tak sedap telinga mendengarnya. Menyakitkan telinga je!

Comments

Popular Posts