ANWAR BATALKAN SAMAN ATAS NALLA ! APA KES?!!!
Kenapa anwar bagi alasan begitu? Pu3 musykil sangat tapi dalam masa sama dalam mind pu3 anwar memang tokoh PELARIAN TERHEBAT dalam kes-kes begini. Jom baca ini :
-------------------------------------------------------
PENULIS menerima maklumat dari sumber dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa saman sebanyak RM 100 juta yang difailkan ke atas Datuk S. Nallakarupan atas tindakan defendan mengeluar kenyataan fitnah menuduh Anwar sebagai seorang biseksual (disiarkan dalam Utusan Malaysia), akan dibatalkan.
Bagaimanapun, saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah tersebut akan diteruskan.
Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber, ialah kerana Anwar mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.
Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber, ialah kerana Anwar mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.
Lagipun, dengan mengenepikan saman ke atas Nalla, harapan Anwar untuk memenangi saman tersebut dalam masa yang singkat dikatakan cerah, kerana bukti ke atasnya begitu kukuh sekali melalui penyiaran artikel tersebut.pada 20 Mac 2012, dibandingkan dengan masa panjang yang bakal diambil jika saman ke atas Nalla diteruskan.
Menurut sumber yang sama lagi, writ saman yang sudah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 25 April 2012 itu akan diserahkan kepada Utusan sahaja dalam jangka masa terdekat.
Sekarang, terjawablah teka teki besar yang bermain diminda ramai orang, kenapa writ saman ke atas kedua defendan tersebut masih tidak diserahkan sehingga sekarang, walaupun telah lama difailkan.
Tidak pastilah sama ada keputusan untuk tidak meneruskan tindakan saman ke atas Nalla ini dibuat oleh Anwar sendiri atau atas nasihat oleh pasukan guamannya. Yang nyata, penulis secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan ini.
Terang-terang fokus utama dalam kes ini ialah Nallakarupan sebagai orang yang mengucapkan fitnah tersebut, bukan Utusan yang hanya menyiarkannya. Jika niat ini diteruskan, penulis bimbang UMNO akan sekali lagi menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang Anwar.
"Nah, lihatlah Anwar hanya main sandiwara konon nak saman Nalla", itulah ayatnya yang penulis jangka bakal dimainkan oleh Utusan dan blogger belaan UMNO.
Bagaimana kami nak mempertahankan Anwar kalau di pihak peguam bela Anwar sendiri tiada kesungguhan untuk menghentikan fitnah jahat ini dari terus berlarutan tanpa ada titik penamat?
Penulis rasa, para blogger pro Pakatan Rakyat sendiri sudah kehabisan alasan untuk menjawab persoalan kepada Anwar 'tidak berani' menyaman beberapa individu tertentu, termasuklah Datuk Nalla ini.
Rakyat sebenarnya sudah bosan melihat pelbagai saman dikemukakan kepada Utusan sahaja, tidak kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan. Tidak kurang yang melihat saman ke atas Utusan ini hanya bermotifkan politik kerana akhbar tersebut dimiliki oleh UMNO.
Sedangkan kalau dikira dari logik akal, pihak yang mengeluarkan kenyataanlah yang sepatutnya di saman dahulu. Walaupun sebagai penyiar Utusan turut sama bertanggungjawab, tapi rakyat mahu lihat orang yang mengucapkan perkataan fitnah itu sendiri di saman.
Yang sebetulnya masih belum terlambat untuk pasukan pembelaan Anwar mengkaji semula keputusan yang sudah diambil ini. Sila beri perhatian bahawa, pertimbangan dalam soal ini bukan pertimbangan perundangan semata-mata, malah pertimbangan politik juga.
Penulis bimbang jika keputusan ini diteruskan, ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan politik Anwar sendiri khasnya dan Pakatan Rakyat serta PKR amnya.
Dalam masa yang sama Nallakarupan dan kumpulan anti Anwarnya, akan terus bermaharajalela mengeluarkan pelbagai kenyataan berbaur fitnah terhadap Anwar, tapi menggunakan medium atau suratkhabar yang lain pula.
Sumber : suarapakatanrakyat.com---------------------------------------------------------
Sendiri mau ingatlah. Teknik-teknik ni dah menjadi rutin buat anwar. LARI dan ALASAN. Kenapa? Hehehehe sendiri boleh agak jawapannya ya. Pu3 tk akan bantu beri jawapannya. Fikir-fikirkanlah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment