AZMIN BERTINDAK MACAM BUDAK-BUDAK DALAM UPACARA PERTABALAN???? OMG!!!

Azmin berkelakukan seperti kanak-kanak tadika? OMG!!! Itulah pu3 baca dari rakan pu3. Kalau kat taman permainan, its ok. Kot rindu zaman kanak-kanaknya. Orang pandangpun tak kisah.. Paling-paling orang kata, YB tu release tension kot.. Lantaklah!...

Tetapi bagaimana situasi ini ?

Azmin Biadap Semasa Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nk tau cerita selanjutnya, sila klik di sini : http://armandpju.blogspot.com/2012/04/azmin-ali-mcm-budak-tadika.html

Lawak betul cerita ni. Maaflah yer, pu3 tengok, semenjak dua ni, fiil MP @ ADUN. Pakatan ni, dalam dewan n luar dewan dah tak serupa perangai orang dewasa dan mempunyai status VIP. Kalau tengok kat DUN perak. Bukan DUN peraklah kalau tak ada insiden bergasak dan tarik menarik badan. Sebaik sahaja habis upacara perasmian. Lain lagi yang tak ikut peraturan menggunakan bahasa yang langsung menjatuh kredibiliti mereka sebagai golongan atasan yang boleh dikagumi oleh rakyat.

Inikah kepimpinan yang diperjuangkan oleh konco-konco kempener Pakatan? Ishhhh! Walau pu3 tk menyertai dunia politik inipun, tengok pembawaan macam ni, tak selera pu3 nak pangkah depa, walau dijanjikan bulan dan syurga!

Comments

Popular Posts