BERSIH YANG MENJIJIKKAN!!!!!!!!BAU DARI AMBIGA

PEWARIS ANAK BANGSA

peristiwa BERSIH 2.0 yang memberi kesan terburuk
 Kini hanya tunggu dan lihat saja apa bakal terjadi awal petang esok sekitar Dataran Merdeka.Di pihak Bersih...skrip,jalan cerita,pengarah dan pelakon dan segala keperluan untuk kitar semula 'drama' mereka sudah siap diatur.

Rasanya tidak perlu tulis berkali-kali puak-puak Ambiga yang didalangi pembangkang ini berlagak degil atau keras kepala.Nawaitu mereka jelas tanpa seurat benang sengaja mau bikin kecoh.

Juga bukan cerita baru pihak berkuasa membenarkan mereka berhimpun untuk Duduk & Bantah kononnya protes proses pilihan raya negara yang dikatakan tidak bebas dan adil, di lokasi lain termasuk di Stadium Merdeka, tetapi puak ini tetap nak ' tawan' Dataran Merdeka.
kegilaan budak demo yang teramat sangat!

Kononnya ia lambang Medan Tahrir.

Sudah tahu sangat hajat dihati mereka...kata orang sendirilah mau ingat.

Soalan yang semua orang mau tanya Ambiga  & geng tidak lain tidak bukan...isunya sekarang mahu pilihanraya bersih dan adil atau tawan Dataran Merdeka?

Adakah mereka benar-benar mahu menuntut pilihan raya bebas dan adil sedangkan tujuh daripada lapan cadangan kumpulan itu hasil demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu sudah diterima dan diluluskan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Lojik akal kata jika benar perjuangan Bersih terhad pada pilihanraya adil dan bersih, tidak ada sebab mereka tidak akur arahan pihak berwajib supaya memilih Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka bagi perhimpunan kali ini.

Apa pilihan yang pihak berkuasa ada selain bertindak seandainya mereka terbabit terus berhimpunan di Dataran Merdeka yang sudah ditutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada awam mulai pagi Jumaat.

Macam kata Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang bantah perhimpunan Bersih...mereka sendiri yang ajak orang ramai langgar undang-undang. Ibarat kata...awak ajak orang keluar pergi mencuri atau langgar kawasan larangan...padahnya tanggonglah.

Kalau peserta demo Bersih fikir mereka ada hak langgar undang-undang...jangan salahkan polis kerana mereka tentunya ada hak menguatkuasakan peraturan di bawah Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011 pindaan yang diluluskan Parlimen tahun lalu.

bersih yang menjijikkan

Kerana politik...puak pembangkang merasa mereka boleh berbuat apa saja.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman bertujuan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan seperti Bersih 2.0, Perhimpunan Hindraf, Gerakan Mansuhkan ISA dan Gerakan Mansuhkan PPSMI.
Ia meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Berdasarkan pindaan itu, walaupun orang awam dibenarkan berhimpun secara awam tetapi pihak berkuasa boleh bertindak jika perlu bagi mengekang perhimpunan itu bertukar kepada demonstrasi jalanan.
Fasal 4, Rang Undang-Undang itu menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara;

(b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;

(c) suatu protes jalanan;

(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan

(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

1. Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

2.      Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.

3.      Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

4.      Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.

5.      Fasal , 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.

6.      Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.

7.      Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai

8.      Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[3]

9.      Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan

10.     Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.

11.     Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .

Bagaimanapun, undang-undang ini pasti dicabuli kumpulan Bersih kerana mereka akan bertindak dengan apa cara sekalipun asalkan matlamat mereka tercapai.

Mereka harus ingat bahawa rakyat tidak lupa insiden-insiden pada Bersih 2.0 termasuk lakonan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kononnya dirempuh kenderaan polis, peserta demonstrasi yang berlakon mati dan bagaimana sebuah hospital di Jalan Pudu jadi sasaran peserta melepaskan diri daripada pihak berkuasa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turut ‘berlakon’ meninggalkan hotel di lokasi Bersih 2.0 dengan sebuah ambulan kononnya kesan tindakan pihak berkuasa yang didakwa mengambil tindakan ganas

bagi menyuraikan peserta perhimpunan haram pada hari tersebut yang dianggarkan lebih 10,000 orang.
Pembabitkan Anwar dan pemimpin pembangkang lain daripada DAP dan PAS jelas membuktikan rally Bersih 2.0 dan kini Bersih 3.0 hanya mainan politik mereka bagi mengheret rakyat ke jalanan untuk menuntut
kerajaan akur dan gentar terhadap kekuatan pembangkang selepas tsunami PRU ke 12.

Bersih 3.0 sebenarnya bukan soal pilihan raya yang bebas dan adil tetapi medan kepada pembangkang menguji apakah rakyat masih bersama mereka lagi untuk berdepan PRU ke 13.

Tumpuan kini pastinya kepada jumlah peserta perhimpunan itu sama ada melebihi angka pada Bersih 2.0 atau jumlahnya lebih kecil.

Pihak Bersih sebelum ini menjangkakan kira-kira 500,000 akan hadir pada Sabtu ini malah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sudah berfatwa, WAJIB sertai Bersih 3.0.
Jika jumlahnya lebih kecil, ianya pasti satu tamparan hebat kepada Anwar dan geng-geng beliau kerana itu adalah petanda rakyat sudah muak dengan perbuatan membuang masa demi kepentingan politik golongan tertentu sahaja.

Cadangan kekal berhimpun di Dataran Merdeka pastinya bertujuan supaya ada insiden ganas pihak berkuasa yang boleh menggambarkan seolah-olah apa berlaku di Dataran Tahrir, Mesir boleh berulang di negara ini.

Justru pembangkang dan Bersih pasti melakukan apa cara termasuk provokasi dan menentang arahan pihak berkuasa asalkan matlamat mereka tercapai pada Bersih 3.0.

Ini semua hanya kerana mahu Anwar, Lim Kit Siang dan Nik Aziz kekal dalam gelanggang politik tanah air pada pilihanraya ke 13 nanti.

Rakyat pastinya tidak akan termakan hasutan kumpulan ini dengan beramai-ramai menyertai Bersih 3.0 yang memberi kesan buruk kepada penduduk warga kota yang terjejas  rezeki akibat perhimpuan tersebut.
Namun ini semua bukan dalam fikiran pembangkang dan Bersih yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara  kerana mereka bukan sahaja mahu menghukum kerajaan atas sebab tidak munasabah tetapi sekaligus
akan memalukan imej negara.

Maka sudah sampai masanya rakyat negara ini yang matang dan bijak menolak Bersih 3.0 sekalius dengan pembangkang yang terus memperalatkan rakyat dalam PRU ke 13 nanti. -27/4/2012 - OLEH ROSLAN BIAN (AGENDA DAILY)

Comments

Popular Posts