BUNYI JE ADA, BUATNYA TARAK!
Bagaimanapun Umar Mohamad Azmi, 23, aktivis Occupy Dataran mengaku tidak bersalah.
Umar didakwa sengaja menghalang Mohd Masran Mamat, 34, daripada menangkap dan mengiringi ketua aktivis Occupy Dataran, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, yang enggan mendengar arahan DBKL untuk menurunkan khemah yang mereka pasang di Dataran Merdeka.
Tidur di khemah tanpa ada perasaan malu ditayangkan... freethinker? info begitulah! |
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Jalan Raja Laut di sini, kira-kira jam 8.05 pagi, semalam.
Occupy Dataran adalah sekumpulan aktivis yang menuntut Dataran Merdeka sebagai ruang terbuka dan hak rakyat untuk berbincang dan berdemokrasi.
Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chai Sia, memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin namun, peguam Syahredzan Johan memohon ia dikurangkan kepada RM1,000.
Tertuduh seorang pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang.
"Bapanya yang hadir untuk menjamin bekerja di syarikat pemasangan paip dan perlu menanggung empat orang anak serta isteri yang masih belajar," katanya.
Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan Umar diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM 10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Mohd Fahmi Reza ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia perlu hadir ke mahkamah untuk sebutan kes berkaitan Akta Parit dan Bangunan di bawah DBKL pada 22 Mei depan.-SH
****************
Soalan pu3, mana perginya penaja kumpulan ini? aktiviti tidak sihat pelajar bodoh ni dah menyusahkan ibubapanya! Mana janji kata ada pembelaan untuk mereka sekiranya ditangkap?
Budak demo ni nama je berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Tapi minda mereka tak selaras dengan taraf akademik mereka. Diperbodohkan!
menggelar diri mereka OCCUPY DATARAN |
Occupy dataran ni lagi satu bencana. Mereka ni lebih cenderung pada kumpulan demo upahan. Di lynas ada, dah tu mengikut maklumat, minah botak tu dah usia 41 tahun tak dewasa langsung dikatakan freethinker! Dengan erti melayunya, tak mempunyai kepercayaan agama. Alamak! PAS sokong kumpulan yang dah lengkap songsangnya! LGBT nya.. Murtad ada, tak percaya agamapun ada. Perfect team! Sekarang PAS nak ulas apa?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bodoh lah diorg ni, terlalu ikot nafsu yang dah d songsangkan. Si tua ni pun sama, duk umah lagi baik lah, menyemak jek
ReplyDelete